TERKINI

Rafizi pengecut, penakut – Isham Jalil

Rafizi Ramli (kiri), Isham Jalil (gambar kecil) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 7 Julai 24 – Mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mendakwa Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebagai pengecut dan penakut untuk berdebat.

Dalam satu entri di laman sosial facebook, Isham berkata ini kali ke tiga beliau menjemput Rafizi untuk berdebat, namun Rafizi memberikan pelbagai alasan.

“Saya pernah ajak dia berdebat isu LCS tapi dia lari, isu Penang South Island tapi dia lari juga, dan isu diesel pun dia lari.

“Kali ini sudah tiga kali saya ajak dia berdebat dan dia lari dan beri pelbagai alasan.

“Sebab itu saya kata dia ini pengecut dan penakut, dia hanya berani cakap berdegar-degar depan penyokong-penyokong dia dan depan UMDAP sahaja, depan rakyat dan orang yang tak ada jawatan macam saya pun dia takut. Ujar Isham.

Rafizi dalam satu ceramahnya ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap berkata, Isham Jalil bukan sesiapa, ia merujuk kepada kedudukan Isham yang bukan Ahli Parlimen dan pemimpin parti politik.

“Saya kalau nak main emosi mudahlah, saya jadi macam Isham Jalil, dia duk melalak sekarang ni, oh marilah berdebat dengan saya.

“Eh kau ni siapa, paling kurang kalau nak berdebat ke apa, biarlah jadi pemimpin parti. Kata Rafizi.

Menurut Isham, sekalipun dahulu beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Rafizi tetap enggan berdebat dengannya.

“Semalam Rafizi formula kata kononnya saya tidak layak berdebat dengan dia sebab saya tidak ada jawatan parti.

“Dulu masa saya ada jawatan dalam parti sebagai Ahli Majlis Tertinggi pun saya pernah ajak dia berdebat tapi dia mengelak.

“Saya pernah ajak dia berdebat isu LCS tapi dia lari, isu Penang South Island tapi dia lari juga, dan isu diesel pun dia lari. Kata Isham. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp