TERKINI

Raja Muda Perlis Titah UniMAP Tidak Cepat Selesa

foto kredit – maips

ARAU, 15 Mac 2023 – Raja Muda Perlis merangkap Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru warga universiti itu supaya tidak cepat selesa dengan pencapaian sedia ada dan mengabaikan strategi yang telah direncanakan.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah bahawa baginda ingin melihat UniMAP memperbanyak kajian atau penyelidikan berimpak tinggi kerana dapat membantu menaikkan nama universiti sekali gus meningkatkan kelangsungan pendidikan masa hadapan khususnya menerusi penghasilan jurnal berimpak tinggi.

“Pengurusan UniMAP harus meningkatkan keupayaan dan kepercayaan dengan menggandakan usaha kebajikan dan menambah baik fasiliti agar kebajikan pelajar terjaga.” Titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh UniMAP hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, baginda bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Seri Gemilang (ASG) 2022 UniMAP semalama.-sumber BERNAMA

Facebook
Twitter
WhatsApp