TERKINI

RCI Pulau Batu Puteh: Mahathir fail semakan kehakiman mohon prosiding secara terbuka

Mahathir Mohamad – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 6 Jun 24 – Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman agar prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dijalankan secara terbuka kepada awam.

Menurut Mahathir, keputusan RCI untuk tidak mengadakan prosiding secara terbuka kepada orang awam adalah tidak munasabah.

Beliau juga memohon deklarasi bahawa beliau adalah seorang individu yang terlibat atau berkaitan dengan perkara yang sedang disiasat oleh RCI untuk mengkaji perkara mengenai pengendalian kes itu di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

Selain itu, beliau juga memohon perintah melarang Md Raus daripada bertindak selaku Pengerusi RCI dan melarang Dr Baljit serta Mohammed Ridha menjadi ahli RCI.

Menurutnya, pelantikan Md Raus sebagai Pengerusi RCI menimbulkan real danger of bias kerana wujud perselisihan faham antara Md Raus dengan beliau berhubung perkara itu yang akan memberi kesan terhadap ketelusan Md Raus dalam membuat keputusan bagi prosiding RCI.

Permohonan tersebut difailkan melalui Law Practise of Rafique di Mahkamah Tinggi dengan menamakan Pengerusi RCI Tun Md Raus Sharif dan Timbalannya, Tan Sri Zainun Ali sebagai responden.

Turut dinamakan sebagai responden ialah ahli-ahli RCI iaitu Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, Datuk Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin, Profesor Datin Dr Faridah Jalil, Datuk Mohammed Ridha Ham Abd Kadir, Tuan Hai Dickson Dollah dan Setiausaha RCI Zamri Misman. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp