TERKINI

Rombakan Kabinet : Jumlah menteri bertambah

Gambar hiasan, JPM Putrajaya – foto PMO

PUTRAJAYA, 12 Dis 2023 – Pengumuman Perdana Menteri berhubung rombakan kabinet memperlihatkan jumlah bilangan ahli Jemaah Menteri bertambah daripada 28 kepada 31 orang.

Dari pengumuman tersebut, terdapat dua kementerian sebelum ini dipecahkan dan kewujudan satu portfolio baharu di Jabatan Perdana Menteri.

Kementerian yang dipecahkan adalah Kementerian Komunikasi Digital menjadi dua kementerian iaitu Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.

Sementara itu, menteri yang digugurkan Sivakumar yang sebelum ini di kementerian sumber manusia, manakala menteri baharu melibatkan lima orang iaitu Gobind Singh daripada parti DAP, Dzulkefly Ahmad (Amanah), Johari Ghani (UMNO), Steven Sim (DAP) Senator Amir Hamzah (Profesional).

Timbalan menteri yang digugurkan Ramkarpal Singh, Aminah Aching, manakala timbalna menteri baharu yang dilantik adalah Noraini Ahmad, Kulasegaran, Ramanan, Wong Kah Woh dan Senator Zulkifli Hasan

Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyaksikan peningkatan jumlah timbalan menteri iaitu 27 kepada 29 orang. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp