TERKINI

Rugi RM 850 Juta Libatkan 22 Ribu Mangsa Scammer di Kalangan Pesara Kerajaan

Gambar hiasan – foto warta oriental

KUALA LUMPUR, 21 Jun 2023 – Seramai 22,000 pesara kerajaan telah menjadi mangsa scammer setakat ini, melibatkan kerugian sebanyak RM850 juta, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Justeru, beliau berkata, kerajaan amat berharap agar Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) meneruskan program khas untuk memberi dan meningkatkan kesedaran golongan pesara bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa pihak yang mengambil kesempatan itu.

“Kerjasama daripada pelbagai pihak juga amat penting untuk menghasilkan penyelesaian yang mampan dan inklusif dalam menangani isu penipuan ini,” katanya.

Ahmad berkata demikian ketika berucap pada majlis pemeteraian pembaharuan memorandum persefahaman dan pengenalan sistem integrasi antara Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA), KWAP dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di sini, semalam. – Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp