TERKINI

Rugi RM81.4 Juta Akibat Vaksin Covid-19 Luput

foto awani

PETALING JAYA: Hampir 2.8 juta dos vaksin Covid-19 yang luput setakat 28 Feb lalu bernilai kira-kira RM81.4 juta, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Katanya, terdapat 2,796,638 dos vaksin Covid-19 pelbagai jenama yang luput, disimpan di kemudahan Kementerian Kesihatan (KKM) dan gudang simpanan vaksin.

Beliau menjawab soalan Dr Ahmad Azam Hamzah di Dewan Rakyat berhubung jumlah dos vaksin yang luput dan kerugian ditanggung kerajaan.

Walaupun jangka hayat vaksin Covid-19 yang digunakan di Malaysia sudah dilanjutkan pada Januari, Zaliha pada Mac lalu mendedahkan hampir 2.8 juta dos vaksin luput setakat 28 Feb lalu.

Katanya, dos luput itu membabitkan 3.27% daripada keseluruhan dos vaksin yang diperoleh kerajaan.

Beliau berkata, lebih lapan juta dos vaksin Covid-19 yang disimpan KKM akan luput pada September ini. – sumber fmt

Facebook
Twitter
WhatsApp