TERKINI

Sanusi Nafi ‘Gagal dihubungi’

Muhammad Sanusi Md Nor – foto tiktok sanusimdnor

ALOR SETAR, 19 Julai 2023 – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan bahawa beliau gagal dihubungi oleh pihak polis sehingga memaksa polis membuat tangkapan terhadapnya pada jam 3 pagi.

Menerusi satu rakaman video yang disiarkan di applikasi sosial tiktok, beliau memberitahu bahawa ada berkomunikasi dengan seorang pegawai dari Bukit Aman menerusi aplikasi WhatsApp sekitar jam 10 malam pada Isnin.

Malah menurut Sanusi lagi, kesemua tangkap layar mengenai perbualan berkenaan telah dihantar kepada seorang lagi pegawai atasan Bukit Aman semalam.

“(Pegawai polis) call, memang ada call pegawai (saya) apa semua, tetapi saya ada tiga meeting hari tu.

“Tengah meeting, pegawai itu WhatsApp saya… saya tanya siapa, dia bagi tahu Bukit Aman.

“Dia kata hendak ambil lagi keterangan… saya kata keterangan apa lagi… (dia balas) hendak sambung lagi.

“Saya tanya direct, (polis) mahu buat tangkapan? Dia kata nak ambil keterangan. Dia dok tahan (tidak berikan jawapan) macam itu saja.

“Saya kata kalau hendak tangkap, beritahu betul-betul sebab saya sebolehnya tidak mahu ditangkap kerana saya warganegara yang baik.

“Saya sentiasa beri kerjasama (dengan pihak) polis; saya tidak akan lari pun.

“(Pegawai polis yang WhatsApp saya) tetap nak suruh saya hadir (untuk ambil keterangan), saya kata tidak apa (sebab) saya sudah habis, saya nak rehat, (dan akhir sekali) pukul 2.30 pagi dia ketuk pintu.

“Perbualan yang terakhir itu mungkin pukul 12 atau 12.30 pagi. Saya WhatsApp kepada (seorang) pegawai kanan polis, saya tidak (mahu) sebut nama.

“(Saya mesej), ‘Datuk Seri, tolong jangan buat tangkapan malam ini kerana esok saya akan hadir ke Mahkamah Sesyen Selayang.

Semalam, Menteri Besar Kedah itu didakwa enggan memberikan kerjasama kepada polis menyebabkan beliau ditahan awal pagi Selasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata cubaan pihaknya menghubungi Muhammad Sanusi untuk memaklumkan beliau agar hadir ke Mahkamah Selayang pada Selasa, gagal. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp