TERKINI

Selagi Hayat Dikandung Badan, Tun M Akan Terus Perjuang Bangsa, Agama dan Negara – Marzuki Yahya

Marzuki Yahya – Pejabat KSU POM

KUALA LUMPUR, 6 Sept 2023 – Selagi hayat dikandung badan, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan terus memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara.

Ketua Setiausaha Sekretariat Proklamasi Orang Melayu (POM), Datuk Wira Marzuki Yahya berkata, perkara ini telah dijelaskan oleh Tun berkali-kali.

“Kita dah jelaskan berkali-kali dah bahawa apa yang Tun Mahathir selalu katakan selagai hayat dikandung badan beliau akan terus memperjuangkan soal bangsanya, agamanya dan negaranya.

“Dan ini tidak mempunyai satu larangan yang menghadkan umur seseorang itu atau jawatan seseorang itu untuk memperjuangkan nasib bangsanya. Ujar beliau ketika mengulas kenyataan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing yang meminta bekas perdana menteri itu berhenti mengelirukan orang ramai melibatkan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R)

Marzuki juga berkata bahawa pihak yang meminta Tun Dr Mahathir diam ini bukan perkara baru, sebaliknya ia bermula sejak isu 1MDB lagi.

“Ini bukan baru, tapi daripada bermula isu 1MDB, ramai juga yang membangkit isu yang sama, tetapi kalau beliau tidak memperjuangkan nasib bangsanya, hari ini rakyat akan terus menjadi mangsa dengan pemimpin-pemimpin yang memperalat jawatan dan kedudukan demi untuk kepentingan peribadi. Katanya

Berkaitan isu 3R yang dianggap sebagai perkara yang mengelirukan rakyat, Marzuki menyelar Kin Sing berkaitan isu penarikan balik pendakwaan melibatkan Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini yang lebih mengelirukan rakyat.

“Saya melihat bahawa isu 3R ini yang dianggap sebagai satu perkara yang boleh mengelirukan rakyat terutamanya dengan apa yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir, tetapi hari ini rakyat melihat dan lebih keliru dengan kerajaan yang sedia ada ini bilamana isu Timbalan Perdana Menteri yang disabitkan dengan 47 pertuduhan yang prima facienya telah didapati ada unsur-unsur rasuah tetapi pendakwaraya menarik diri disaat-saat beliau (Zahid) dalam kes pembelaan diri.

“Ini menunjukkan bahawa (rakyat) lebih keliru daripada apa yang kita sampaikan tentang kedudukan bangsa agama dan negara.

“Jadi adakah kerajaan ini dan menteri yang menyarakan Tun M supaya mendiamkan diri ini, adakah anda sendiri bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini?

“Jadi saya rasa perkara ini bukanlah satu persoalan yang besar tetapi sebagai rakyat Malaysia, beliau (Tun M) berhak menyuarakan dan beliau berhak memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negaranya. Ujar beliau kepada malayadaily, hari ini.

Marzuki juga menegaskan bahawa perjuangan Mahathir bukan untuk mengabaikan bangsa lain kerana sejak dahulu ketika dia bersama UMNO dan BN, tidak ada mana-mana bangsa dipinggirkan.

“Saya nak nyatakan disini beliau (Tun M) juga seorang ahli parlimen yang lama, yang mendukung UMNO, kerajaan BN pada suatu masa dulu sebelum BN tumbang. Beliau juga menyokong UMNO dan itulah perjuangan yang UMNO bawa, UMNO memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negaranya tanpa menidakkan bangsa-bangsa lain.

“Dan kenapa pada waktu itu semua menyokong UMNO sehingglah Tun M sendiri yang melawan dengan UMNO kerana untuk menangkap pemimpin yang mencuri wang rakyat, dan adakah itu suatu kesalahan?

“Saya melihat perkara (ini) tak perlu dipolitikkan kerana sejarah telah terbukti bahawa orang Melayu memberi kehidupan kepada semua, tak kisah apa juga bangsa sekalipun yang berada sebagai rakyat dan kerajaan yang dipimpin ataupun ditunjangi UMNO pada waktu itu, menjaminkan kedudukan semua kaum terbela.

“Jadi sebenarnya soal memperjuangkan bangsa agama dan negara ini bukanlah satu soal yang boleh dijadikan satu sentimen ataupun boleh kita katakan tomahan terhadap Tun M kerana lebih bercakap tentang soal bangsa dan menidakkan kaum orang lain, saya rasa tidak.

“Kalau kita orang Melayu tidak memperjuangkan nasib bangsa kita sendiri kita jangan harap bangsa lain untuk memperjuangkan nasib bangsa kita, jadi saya rasa bahawa apa yang disarankan dan dibawah Proklamasi Orang Melayu (POM) ini pun adalah satu daripada usaha Tun M untuk menyedarkan orang Melayu bahawa pentingnya kita mempertahankan tanah air kita dan yang kedua pentingnya orang Melayu bersatu.

“Adakah dengan menyarankan supaya orang Melayu itu bersatu itu menjadi satu masalah yang besar kepada bangsa-bangsa yang lain? saya rasa kita tidak pernah terlintas atau pun Tun M sendiri saya lihat tidak pernah mengeluarkan apa-apa juga kenyataan yang berbentuk provokasi tetapi dia lebih membawa ke arah penyatuan dan kedudukan bangsa dia, itu saja. Ujar Marzuki. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp