TERKINI

Selesai Segera Pertikaian Persekutuan Dengan Wilayah Sabah, Sarawak, kata peguam

Mohamed Haniff Khatri Abdulla – foto Suara Merdeka

KUALA LUMPUR, 3 Sept 2023 – Kerajaan Persekutuan perlu memuktamadkan segera semua pertikaian melibatkan bidang kuasa Sabah dan Sarawak, berpandunkn perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Haniff Khatri.

Peguam itu berkata, sekiranya perbincangan gagal menemui kata putus, ketiga-tiga kerajaan boleh membawa pertikaian bidang kuasa itu ke mahkamah untuk diputuskan.

“Ini wajib diselesaikan segera. Cara penyelesaian adalah rundingan matang ambil kira kepentingan semua pihak dan terma MA63 dipersetujui dan ambil kira kedudukan Malaysia sekarang dari sudut kewangan dan ekonomi

“Jika runding tak dapat selesai segera ia wajar di bawa ketiga tiga kerajaan ke mahkamah Persekutuan seperti diperuntukkan perkara 4 untuk mahkamah buat penemuan kedudukan dan bidang autonomi Sabah dan Sarawak. Mana mana kerajaan kemudiannya wajib patuh keputusan itu,” katanya, dalam satu kenyataan, rakaman video.

Haniff mengulas cadangan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi baru-baru ini yang membayangkan kemungkinan Sarawak bakal memperkenalkan mata wang sendiri susulan ekonomi yang tidak menentu di Malaysia.

Katanya, selagi isu asas berkaitan kedudukan bidang kuasa gagal diselesaikan, perkara seperti dibangkitkan Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu akan terus berbangkit.

“Sehingga itu diselesaikan, cadangan seperti matawang sendiri akan muncul. Kita tak boleh salahkan wilayah Sabah dan Sarawak kerana hampir 60 tahun kerajaan abaikan dan wajar ambil kira hasrat Sabah dan Sarawak sertai Malaysia waktu itu.

“Walaupun matawang rapat dengan isu kedaulatan negara jika pandangan undang-undang dapati ia terdapat autonomi untuk urus tadbir kewangan ada kemungkinan Sabah dan Sarawak ada matawang sendiri walaupun Malaysia ada matawang.

“Perkara ini akan berbangkit sekiranya tak selesai segera oleh pucuk pimpinan. Kalau gagal bawa ke mahkamah Persekutuan,” kata Haniff. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp