TERKINI

SG4 Lantik Tun M Untuk Tingkat Ekonomi, kata Pakar

Azeem Fazwan Ahmad Farouk (kiri)

KUALA LUMPUR, 19 Sept 2023 – Pelantikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat di empat negeri Perikatan Nasional (PN) yang dapat kenali sebagai SG4 adalah berasaskan ekonomi dan bukan sentimen politik, kata pakar.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) USM Profesor Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk, berkata, pelantikan itu juga merupakan bidang kuasa dalam ruang lingkup kerajaan negeri dan tidak seharusnya ia dipolemikkan sebagai isu politik.

“Tun mempunyai pengalaman luas dalam konteks membangunkan ekonomi negara, memiliki jaringan hebat diperingkat antarabangsa, pelantikan ini bukan bersifat mempunyai unsur politik.

“Ia lebih pelantikan bersandarkan hakikat Tun ini tokoh yang mempunyai pengalaman luas dalam ekonomi, dan negeri ini perlukan pandangan ilmu pengetahuan yang tinggi, ini tiada implikasi politik,” katanya, kepada Malayadaily.

Tambah Azeem, perkara sama juga pernah dilaksanakan Pakatan Harapan (PH) sewaktu pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang mana melantik Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu sebagai penasihat ekonomi negeri.

“Saya rasa kita perlu lihat apa sahaja dilaksanakan kerajaan negeri dalam konteks pembahagian kuasa antara Persekutuan dan negeri tertakluk Perlembagaan.

“Dalam hal tertentu negeri ada autonomi melantik dan memilih sesiapa sahaja untuk memberi nasihat selagi tak canggah Perlembagaan.

“Kenyataan-kenuayaan yang dibuat (berkenaan pelantikan SG4) menjurus ke arah mengapa-apikan sentimen politik yang negatif antara pusat dan negeri, negeri mempunyai autonomi lantik siapa sahaja jadi penasihat kerajaan negeri,” katanya lagi.

Beliau juga yakin kebolehan Mahathir akan membantu empat negeri, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu itu untuk berkembang selepas ketinggalan dari sudut ekonomi sejak sekian lama.

“Kita perlu faham bahawa Tun merupakan negarawan mempunyai kebolehan untuk merangka dasar boleh beri impak, dulu kepada negara sekarang mungkin boleh tabur bakti kepada negeri ini.

“Perlis dan Kelantan antara negeri miskin perlu strategi baru bangunkan negeri dalam keadaan pertalian pusat dan negeri tak baik. Tun mungkin boleh beri saranan bernas dalam hal ini,” katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp