TERKINI

SG4 : Lawatan kerja Terengganu, Tun M mahu segera gerakkan pembangunan negeri

Mesyuarat SG4 yang dipengerusikan oleh YAB Dato Menteri Besar Terengganu – foto Khairuddin Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 3 Nov 2023 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bermesyuarat dengan barisan kepimpinan negeri khusus membincangkan perancangan pembangunan ekonomi negeri Terengganu.

Menurut Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, mesyuarat tersebut diadakan ketika Mahathir melakukan lawatan kerja pertamanya sebagai penasihat ekonomi SG4 di Pejabat Menteri Besar Terengganu, semalam.

“Pertemuan yang berjalan dalam suasana cukup positif turut memberi penerangan serta pencerahan mengenai kedudukan masakini pelaburan di negeri Terengganu dan negeri-negeri ‘SG4’ yang lain.

Dalam kenyataan yang sama, Khairuddin yang juga Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu berkata, Mahathir telah menekankan tentang penubuhan struktur kerja bagi menggerakan peranan SG4 bagi menarik pelaburan di empat buah negeri tersebut.

“Dalam sesi mesyuarat tersebut Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan mengenai penubuhan struktur rasmi ‘SG4’ bagi memulakan agenda pelaburan di empat negeri-negeri tersebut secara pantas.

“Kepimpinan ‘SG4’ mestilah berteraskan pada ‘business friendly state government’ bagi menarik lebih banyak ‘FDI’ ke negeri-negeri tersebut. Katanya.

Khairuddin juga berkata, keempat-empat negeri-negeri ini mestilah digabungkan sebagai satu badan untuk melaksanakan agenda pelaburan yang menguntungkan semua pihak.

“Beberapa pelaburan telah dikenalpasti untuk ‘SG4’ memulakan perancangan pelaburan secara kolektif bagi memunafaatkan empat negeri-negeri di bawah gabungan ‘SG4.’

Selain Menteri Besar, mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh YB Dato Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Ahli-Ahli EXCO iaitu YB Dr Azman Ibrahim, YB Hj Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman serta Pengarah UPEN Dato Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.

Sejurus selesai mesyuarat, Mahathir telah ke kediaman YB Tuan Guru Tan Sri Hj Hadi Awang di Rusila, Marang.

Facebook
Twitter
WhatsApp