TERKINI

SG4 : Perlu projek pembangunan fizikal besar – Chegu Bard

Chegu Bard (kiri), Ahmad Samsuri Mokhtar (kanan) – foto facebook Chegu Bard

PUTRAJAYA, 29 Mac 2024 – Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin mencadangkan suatu pembangunan fizikal besar digerakkan di bawah State Government 4 (SG) untuk memaksimakan impak terhadap empat buah negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.

Beliau mengulas perkara itu dalam status facebook, semalam, ketika bertemu dengan Pengerusi Penyelaras SG4 yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Beberapa perkara didiskusikan seperti bagaimana perlunya dijenamakan semua dengan lebih segar dan strategik, SG4 ke arah satu “force” yang punya impak dan kekuatan ekonomi, sosial dan politik.

“Turut didiskusikan bagaimana dalam kekangan kewangan (pusat tidak bayar hutang royalti kepada rakyat Terengganu) namun perlunya dilancarkan projek pembangunan fizikal besar di Terengganu yang akan beri kesan sosial dan ekonomi tinggi. Kata beliau.

Menurut aktivis yang lebih popular dengan nama Chegu Bard berkata, kekuatan ke empat buah negeri harus dikongsi agar impak tersebut bolek dimaksimakan dan pada masa yang sama dapat menampung kelemahan yang ada.

“”Kekuatan keempat negeri harus dikongsi agar impak boleh dimaksimakan dan bersama menampung kelemahan. Ujarnya.

Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan pencetus kepada idea kerjasama empat negeri ditadbir PAS, atau SG4, bagi membangunkan potensi mereka yang ketinggalan dari sudut ekonomi. Beliau telah dilantik sebagai Penasihat SG4.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, bekas Perdana Menteri memainkan peranan penting dalam membantu ekonomi negeri ditadbir pembangkang.

Beliau menyifatkan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sembang kosong, sebaliknya berjaya menarik pelabur ke dalam kerangka ‘State-Government 4’ (SG4) melibatkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp