TERKINI

Siasatan Rasuah Kementerian Sumber Manusia : Lima Pegawai Menteri Sah Dipecat

V Sivakumar – foto malayadaily.com

BANGI, 10 Mei 2023 – Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar mengesahkan lima pegawainya telah ditamatkan perkhidmatan.

Sivakumar berkata tindakan tersebut bagi memastikan kementerian itu dapat berfungsi dengan lancar dan baik.

“(Pemencatan) itu memang ada kerana nak pastikan bahawa kementerian dapat berfungsi dengan lancar dan baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kemuncak Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bersama Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC OSH Summit) 2023, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan media sebelum ini yang mendakwa lima pegawainya dipecat serta-merta susulan penahanan beberapa orang pegawai kanannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berkaitan isu pengambilan pekerja asing, April lepas. – Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp