TERKINI

Siasatan SPRM, untuk sekat pengaruh politik Mahathir, kata Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan (gambar kecil) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 29 Jan 2024 – Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berpendapat bahawa pengaruh Tun Dr Mahathir yang masih kuat menjadi faktor siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas anak-anak beliau.

Menurut Khairuddin, ini adalah cara untuk menyekat pengaruh mantan perdana menteri itu dari menjatuhkan kerajaan.

“Seperti yang dijangkakan politik dendam PMX akan membanteras semua musuh-musuh politik beliau seorang demi seorang untuk menguatkan kedudukan survival politiknya.

“Anak-anak Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi mangsa keadaan masakini juga.

“Kerajaan Madani sedar bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad masih berpengaruh serta berbisa dalam lanskap politik tanahair. Ujar Khairuddin ketika dihubungi oleh malayadaily, semalam.

Pemimpin Sekretariat Proklamasi Orang Melayu ini juga berpendapat sekiranya ini persepsi PMX dan kerajaan Madani, maka mereka salah sama sekali kerana Tun Dr Mahathir Mohamad adalah karakter yang akan menjadi semakin kuat sekiranya beliau diasak atau diserang secara bertubi-tubi.

“Perjuangan akan tetap diteruskan selagi ‘hayat dikandung badan’ dan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berundur walaupun seinci bagi menyelamatkan bangsa, negara serta agama. Ujarnya.

Sebelum ini, Berita Harian melaporkan bahawa siasatan terhadap Tan Sri Mokhzani Mahathir dipercayai mempunyai kaitan dengan penyalahgunaan kuasa membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Siasatan ke atas Mokhzani dan abangnya, Mirzan, mempunyai kaitan dengan bapa mereka tetapi kes Mokhzani tiada kaitan dengan kes Mirzan,” katanya memetik laporan Berita harian. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp