KUALA LUMPUR, 26 April 2023 – Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan lawatan dan memuji kelancaran perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh dan Putrajaya.
Menerusi ciapan di Twitter, Dr Mahathir berkongsi pengalamannya menggunakan perkhidmatan awam itu pada hari raya ketiga ditemani isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Menurutnya lagi, kakitangan MRT juga turut bersama mereka sepanjang perjalanan itu dan memberi peluang kepadanya untuk bertanya berkenaan prestasi MRT.
“Umumnya saya dapati seolah-olah saya berada di negara maju. Perjalanannya amat baik. Demikian juga kemudahan yang disedia untuk pelanggan. Stesen juga cukup besar dan dilengkapi dengan lif dan eskalator. Kata Mahathir dalam ciapannya di twitter.
Beliau juga percaya kemudahan itu akan disambut baik rakyat jika kos yang amat tinggi tidak dipedulikan.
“Tahniah saya ucap kepada anggota pengurusan MRT Sungai Buloh / Putrajaya,” katanya. – malayadaily.com