TERKINI

Tanpa sokongan Zahid, Umno sejarah kita pasti berubah – PM

Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi – Foto malaysia today

KUALA LUMPUR, 15 Mei 2023 – Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini memuji Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan ahli parlimen parti itu kerana bersama-sama membentuk sejarah negara selepas pilihan raya umum ke-15 lalu.

Anwar, yang kembali ke Dewan Merdeka selepas suku abad sejak dipecat daripada Umno sebagai timbalan presidennya pada 1998, menyatakan banyak “serangan” terhadap Zahid sejak dilantik sebagai salah seorang daripada dua timbalan perdana menteri.

“Zahid kuat diserang termasuk kepada saya. Tapi saya nak beritahu, kalaulah tidak kerana komitmen saudara Zahid selaku presiden Umno dan dukungan ahli-ahli parlimen Umno, sejarah kita tentu berubah.

“Jadi kita harus iktiraf peranan beliau dan Umno,” kata Anwar ketika berucap pada Konvensyen Kerajaan Perpaduan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), semalam. – Malaysiakini.com

Facebook
Twitter
WhatsApp