TERKINI

Tun M Hanya Mahu Bantu Majukan 4 Buah Negeri, Bukan Berpolitik – Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan (Kiri), Salleh Said Keruak (kanan) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 17 Sept 2023 – Penggerak Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan bahawa peranan Tun Dr Mahathir dalam SG4 hanya mahu melihat empat-empat negeri tersebut maju agar keseluruhan rakyat di negeri-negeri tersebut tanpa kira kaum mahupun agama dapat hidup secara sejahtera.

Khairuddin dalam satu kenyataan membidas kenyataan pemimpin UMNO, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak berkata, usaha Tun Mahathir ini amat ikhlas untuk membantu membangunkan negeri-negeri Melayu yang mempunyai pelbagai potensi dari perspektif ekonomi.

“Mantan Perdana Menteri dua kali ini hanya mahu melihat empat-empat negeri tersebut maju agar keseluruhan rakyat di negeri-negeri tersebut tanpa kira kaum mahupun agama dapat hidup secara sejahtera.

“Segala tindak-tanduk masakini Tun Dr Mahathir Mohamad amat ikhlas untuk membantu membangunkan negeri-negeri Melayu yang mempunyai pelbagai potensi dari perspektif ekonomi, ujarnya.

Baru-baru ini, bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak dalam satu kenyataan mendakwa pelantikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat kepada kerjasama empat negeri Perikatan Nasional (PN) yang dikenali sebagai “State-Government 4” atau SG4 adalah tindakan awal daripada percaturan politik negarawan itu.

Beliau mengingatkan pimpinan PH agar berhati-hati dengan langkah tersebut.

“Tun Mahathir tidak dikenali sebagai individu yang membuat gerakan tanpa sebarang matlamat akhir. Beliau dikenali sebagai orang yang akan bertindak apabila adanya peluang dan menggunakan kesempatan yang ada bagi membolehkan dirinya mempunyai kelebihan politik. Kata Salleh.

Khairuddin yang juga Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu berkata, tokoh negarawan ini hanya mahu melihat negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis maju setanding dengan negeri-negeri lain di Pantai Barat Semenanjung.

Malah, menurut Khairuddin, Mahathir mahu membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin di negeri-negeri tersebut dapat memimpin negeri-negeri ini setanding dengan negeri-negari maju yang lain seterusnya dapat menebus maruah Melayu dalam agenda bagi memperkasa negeri-negeri yang mereka memimpin.

“Takkan Tun Dr Mahathir Mohamad nak tolong bangunkan negeri-negeri ini pun mereka hendak mempolitikkannya? Soal beliau.

“Membantu negeri-negeri ini juga secara tidak langsung nembantu menstabilkan kedudukan ekonomi negara kerana negeri-negeri ini juga adalah sebahagian dari persekutuan Tanah Melayu.

“Stabilnya ekonomi serta politik keempat-empat negeri-negeri ini akan memunafaatkan kerajaan persekutuan dalam pelbagai segi. Katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Shamsuri Mokhtar mengumumkan suatu kerjasama telah dibentuk yang dinamakan sebagai ‘State-Government 4’ (SG4) yang melibatkan empat buah negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.

“Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan memainkan peranan sebagai penasihat tidak rasmi kepada empat negeri ditadbir oleh parti PAS, kata Samsuri.

Dalam kenyataan yang sama, Khairuddin menegaskan bahawa ungkapan Salleh Said Keruak bahawa Tun Mahathir sebegai ‘De Facto Leader’ bagi Perikatan Nasional (PN) amat tidak tepat.

“Untuk makluman Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak juga Tun Dr Mahathir Mohamad tidak minat lagi untuk berpolitik sebab itulah kini gerakan kami dijalankan secara ‘non partisan’ merentasi parti-parti politik.

“Ungkapan dan tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘de facto leader’ amat tidak tepat serta tidak berasas sama sekali. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp