TERKINI

Tun M Setuju Johor Boleh Dilanda Gelombang PN Kerana Aura Sanusi

Mahathir Mohamad – Foto malayadaily.com

PUTRAJAYA, 31 Ogos 2023 – Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan gambaran diberikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor gelombang perikatan nasional akan berlaku dan menembusi kubu Umno dan Barisan Nasional (BN) di Johor.

Bekas perdana menteri itu percaya pengaruh Sanusi, yang juga pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) akan dapat dirasai di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor.

“Ada kemungkinan (Umno boleh berkubur di Johor). Walaupun pengaruh dia (Sanusi) di Johor tidak sama di Kedah tapi ramai orang mengikuti pendirian menteri besar Kedah,” katanya, selepas program ilmu Minggu Negarawan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, petang tadi.

Sanusi dalam kenyataan baru-baru ini menjangkakan Johor tidak lagi boleh dianggap kubu kuat Umno disebabkan gelombang PN yang semakin berkembang.

Gelombang sokongan orang Melayu kepada PN yang melanda enam negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu katanya tidak lagi boleh disekat.

Beliau juga menjangkakan PN akan menang di dua PRK itu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp