TERKINI

Tun M tidak ‘gentar’ dengan sesiapa, kecuali Allah – Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan (kanan) – foto Berita Harian

KUALA LUMPUR, 25 Dis 2023 – Pengerusi Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menepis dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa Tun Mahathir Mohamad ‘gentar’ dengan pihak-pihak tertentu jika mereka berkuasa.

Khairuddin berkata dalam satu kenyataan, semalam, dakwaan tersebut hanya perang psikologi dan ia hanya ilusi semata-mata.

“Perang psikologi kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad gentar pada ‘orang itu dan ini’ hanyalah ilusi semata-mata.

“Propaganda ini juga amat melucukan. Ujarnya.

Menurutnya, bekas perdana menteri itu memperjuangkan perkara yang sama dan beliau akan berjuang bermatian atas prinsip kebenaran demi kesejahteraan masa depan bangsa, negara dan agama.

“Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah gentar atau takut pada mana-mana manusia kecuali Allah swt.

“Inilah Tun Dr Mahathir Mohamad yang saya kenali sepanjang persahabatan bersama tokoh negarawan terulung ini, ujarnya.

Kahiruddin juga mengingatkan bahawa Mahathir tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

“Semua pihak dinasihati agar jangan terpengaruh dengan pelbagai dakyah serta khabar-khabar angin mengenai tokoh negarawan terulung ini. Katanya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp