TERKINI

Ulang langkah PH, PN boleh ambil alih kerajaan, kata Tun M

Mahathir Mohamad (tengah) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 30 Nov 2023 – Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Perikatan nasional (PN) masih mampu untuk mengambil alih kerajaan, dengan mengguna pakai kaedah lima ahli parlimen pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan tanpa keluar parti sebelum ini.

Menurut Mahathir, PN juga boleh mendapatkan sokongan ahli parlimen kerajaan untuk menubuhkan pentadbiran baru.

“Untuk dirikan kerajaan, PN perlu ada jumlah wakil rakyat lebih 112. Macam mana nak dapat? sama seperti lima (MP Bersatu) sokong Anwar. (Mereka) tak keluar parti (maka) tak digugurkan (sebagai ahli parlimen).

“Kalau ada ahli parlimen tak suka kerajaan, katakan dalam 30 orang daripada Umno, Amanah dan PKR tolak Anwar, (ia boleh) membawa kepada kejatuhan Anwar sebagai perdana menteri.

“Dengan itu parti lain termasuk PN boleh pilih orang lain (sebagai perdana menteri) seperti ketika Muhyiddin (Yassin) dijatuhkan selepas 15 ahli parlimen Umno menarik balik sokongan, seterusnya Ismail Sabri jadi perdana menteri. Perkara ini boleh diulang sekarang,” katanya dalam program Minggu Negarawan: Setahun kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp