TERKINI

Usahawan Luar Bandar Berjaya Tembusi Pasaran Antarabanga

foto-malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2023 – ‘Gate to Global’ dibawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah berjaya membawa 171 usahawan luar bandar ke pasaran antarabangsa.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, jumlah itu merupakan antara lebih 67 ribu usahawan luar bandar yang telah telah atau sedang mengikuti pelbagai program dan inisiatif keusahawanan di bawah kementerian berkenaan dan agensinya.

“Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah merangka ekosistem keusahawanan untuk mereka termasuk menyediakan Latihan keusahawanan, pembiayaan perniagaan, menyediakan infrasturktur [erniagaan dan khidmat nasihat, akses kepada pasaran dan pendigitalan perniagaan,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2023 bagi kementerian itu di dewan rakyat semalam.

Rubiah turut berkata, sejak Rancangan Malaysia pertama hingga e-12, seramai 1.2 juta usahawan menerima kemudahan keusahawanan daripada Mara. – sumber AWANI

Facebook
Twitter
WhatsApp