TERKINI

Wira Perkasa ingatkan DAPSY jangan masuk campur urusan Islam

Muhammad Arsyad Bin Mohd Alias (kiri) – malayadaily.com

KUALA LUMPUR, 7 Feb 2025 – WIRA Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia mengingatkan Pemuda Sosialis DAP agar tidak mencampuri urusan agama Islam kerana umat Islam tidak pernah mencampuri urusan agama-agama lain.

Dalam satu kenyataan, Ketua Wira Perkasa, Muhammad Arsyad Bin Mohd Alias berkata, kenyataan Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Woo Kah Leong yang mempertikaikan garis panduan yang sedang dirangka, adalah satu tindakan biadap.

“Kamu siapa yang berani campur urusan Agama Islam?

“Sedangkan orang Islam di negara ini tidak pernah mencampuri urusan Agama kamu.

“Tindakan dan kenyataan kamu yang mempertikaikan garis panduan baru ini adalah satu tindakan yang biadap kerana kamu tiada hak untuk mempersoalkan apatah lagi mempertikaikan urusan agama kami yang sudah tentu akan menimbulkan kemarahan orang melayu Islam di negara ini. Ujarnya.

Tambah Arsyad, DAPSY perlu faham bahawa Islam adalah agama persekutuan yang dihormati dan diterima oleh semua pihak.

“Agama Islam adalah Agama Persekutuan yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.

“Kalau kamu tidak boleh terima apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kamu sememangnya tidak layak untuk menjadi warganegara Malaysia.

“Kamu kena ingat bahawa orang melayu, adalah rakyat majoriti. Dan sudah semestinya Agama Islam perlu di perkasakan di negara ini jadi kamu perlu belajar menghormati kaum majoriti yang ada dalam Negara Ini jika kamu mahukan suasana yang harmoni di wujudkan. Katanya.

Baru-baru ini, laporan media menyatakan,Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan mahu mewujudkan garis panduan penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan, upacara kematian, kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat bukan Islam.

Ketuanya, Woo Kah Leong berkata, pihaknya mencadangkan agar kerajaan membatalkan pelaksanaanya dan mengekalkan dasar sedia ada atau status quo berhubung perkara berkenaan

Media sebelum ini melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, kerajaan akan memperkenalkan garis panduan baharu bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam.

Kata beliau, garis panduan yang sedang dimuktamadkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu antara lain akan diperkenalkan supaya pembabitan orang Islam dalam majlis berkenaan tidak disertakan perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp