TERKINI

Wirawati Putra mohon Agong gugur kerakyatan individu hina Islam dan institusi Diraja

Ketua Pergerakan Wirawati PUTRA Malaysia, Nurhafizah Jamalludin (kanan) – foto Putra

PUTRAJAYA, 4 April 2024 – Satu memorandum oleh Wirawati Putra, telah dihantar untuk memohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) untuk melucutkan kewarganegaraan individu yang kini sedang disiasat oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Ganesparan Nadaraja yang didakwa menghina Islam dan institusi Diraja.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Pergerakan Wirawati PUTRA Malaysia, Nurhafizah Jamalludin berkata, individu terbabit telah menyiarkan kenyataan yang menghina Islam serta Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sejak 26 Mac lalu.

“Kata-katanya amat biadab dan kurang ajar serta tidak hormat kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.

“Penghinaan ini merupakan satu penderhakaan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Negara. Ujarnya.

Menurut Nurhafizah, tindakan tersebut merupakan satu jenayah yang amat berat dan beliau berpendapat, sekiranya hal ini berlaku seperti di Thailand, sudah pasti individu tersebut dikenakan hukuman yang berat.

“Saya, bagi pihak generasi muda seluruh negara memohon KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong supaya melucutkan atau menggugurkan kerakyatannya supaya dengan tindakan demikian, martabat negara tidak tercemar dan menghormati prinsip Rukun Negara. Katanya.

Baru-baru ini, polis telah membuka kertas siasatan terhadap Ganesparan yang menghina agama Islam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan PDRM menerusi satu rakaman video berdurasi 2.27 saat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebanyak 21 kertas siasatan terhadap individu yang dikenali N Ganesparan. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp