Orang panggil saya Abang Hail.
Hail bukan nama saya, Hail bermaksud; e-hailing – Hail. Maknanya, saya ni pemandu e-hailing. Tuan editor minta saya guna nama pena, biar nampak unik katanya. Dia ajak saya tulis, ceritakan pengalaman saya sebagai pemandu e-hailing kepada pembaca malayadaily. Saya tulis cara saya je, kalau tak cantik, maafkan abang Hail ya.
Korang dah makan ke? Abang Hail dah, tadi.
Biasa sebelum kayuh (bawa penumpuang), memang Abang makan siap-siap, kencing, prepare bekal air botol, isi minyak petrol, top up T&G bagi semua clear, dah clear, baru Abang Hail kayuh. Kalau tak, leceh nanti. Masa nak angkut orang, masa tu la kita sibuk nak pi toilet la, nak isi minyak la.
Ada satu hari, Abang Hail berhenti kejap kat satu port, ada pondok, macam pondok wakaf, ada banyak pokok-pokok, redup, Abang Hail dah empat lima round kayuh, lepak la kejap kat situ.
Abang nampak, ada lima enam biji pemandu macam abang dok parking situ. Abang pun tumpang sekali.
Biasalah, dah parking kita keluar isap rokok. Mana boleh isap rokok dalam kereta, nanti berbau, penumpang tak selesa.
Walaupun Abang Hail hisap rokok, tapi bab kebersihan, kewangian semua tu, Abang memang jaga. Setakat ni, tak ada penumpang yang komplen, syukur la.
Masa transit ni, sambil-sambil hisap rokok, Abang Hail berkenalan dengan brader-brader kat situ. Salah seorang ni agak berumur sikit, dia kata umur dia 57 tahun.
Kami dok sembang-sembang, banyak cerita tentang karenah penumpang, ada yang lucu, ada yang buat leceh, macam-macam hal.
Dalam menyembang tu, brader berumur ni saya panggil dia Abang Jan. Dia asal Seremban, tapi abang jumpa dia ni kat Ampang. Jauh jugak dia kayuh lepas sempadan.
Abang Jan ni rupa-rupanya bekas pengurus procurement untuk hospital-hospital besar di sana, lama dia bekerja di Dubai, 12 tahun katanya. Sekarang dah pencen dekat dua tahun, sekarang jadi macam Abang Hail la, pemandu e-hailing.
Dia kata, kayuh e-hailing ni seronok juga. Tapi dapat komisen tak banyaklah kata dia. Dia pun takde nak aim banyak sebab dia memang dah banyak duit. Abang Hail dengar je dia cakap.
Abang Jan kata, lama dia kerja di luar negara, dia dah setle rumah, dah beli tanah, dah ada merc C Class, dan ada sebiji BMW model X1. Anak-anak pun semua dah kerja. Memang dia kayuh ni saja nak isi masa lapang, bosan dok rumah kata dia.
Abang Hail rasa seronok tengok life dia. Dah tak ada apa nak kejar macam kita-kita ni. Dia cuma isi masa dengan berkayuh dan santai-santai, syok gila.
Abang Hail punya perangai, bila tau orang kerja hebat-hebat ni, mulalah Abang Hail gatal bertanya. Tanya macam-macam, seronok dengar cerita pengalaman orang ni.
Ada satu part yang Abang Hail rasa, sangat menarik cerita Abang Jan ni.
Lama dia dok Dubai, di Dubai tu jadi macam centre bagi macam-macam manusia, kebanyakkan datang bekerja atau melancung.
Jadi selama 12 tahun dia di sana, dia banyak jumpa orang Arab dari macam-macam negara, termasuk Arab Palestin.
Bila Abang Hail petik tentang nasib Palestin, dia berkerut muka.
Dipendek cerita, dia beritahu masalah Palestin ni tak semua orang sedar. Kata Abang Jan, memang orang Arab Palestin ni kena tindas dengan Israel, memang sedih dan kesian, memang kita saudara seagama patut bantu mereka.
Abang Hail tanya, “So..? apa masalahnya”
Abang Jan jawab; “Kalau aku cakap, mungkin nampak aku ni sombong atau tak betul, orang mungkin marah kat aku..”
“Actually, orang-orang Arab lain, memang tak senang dengan Arab Palestin ni..”
Ternganga kejap Abang Hail dengar kata-kata Abang Jan.
“Kenapa Bang?” saya tanya Abang Jan.
Abang Jan kata “Perangai orang Arab Palestin ni lain macam sikit”.
Nampak Abang Jan ni teragak-agak nak beritahu. Buat saya suspen pulak.
“Dia orang ni kalau bekerja di negara-negara Arab yang lain, dia ada bawa satu perangai yang tak menyenangkan”
“Dia kalau kerja, sama-sama dengan kita, dia nak keistimewaan, dia nak ada kelebihan, keistimewaan dan kelebihan tu dia guna alasan negara dia huru-hara..so, ada apa-apa, mereka nak lebih, dah jadi macam hak asasi dia pulak”
Saya terdiam dengar kata Abang Jan.
Abang Jan kata lagi “Kalau bab ponteng kerja, itulah alasan dia, dia kata dia tengah susah, keluarga di Palestin, orang lain kena faham.. benda ni berulang-ulang, dia dah jadi tak profesional”
“Bukan kita aniaya dia, kita profesional, layan semua pekerja sama. Kau dari Filipina ke, Malaysia ke, Yemen ke, Indonesia ke, layan sama.
“Benda ni majoriti ada sikap macam tu, jadi company-company tak minat nak ambil mereka bekerja, yang dah ambil bekerja, pening nak layan..bukan tak kesian, tapi ada bad attitude, benda ni dah jadi macam culture..”
“Yang dah kerja tu, majikan tengok masalah, tapi nak buang tak sanggup, takut jadi isu, takut dikata menganiaya orang Palestin, jadi masalah” Kata Abang Jan.
Saya terkebil-kebil. Ni 1st time Abang Hail dengar cerita sisi gelap orang Arab Palestin.
“Aku bukan nak burukkan sapa-sapa, cuma orang tak suka ko gunakan alasan-alasan macam tu, sebenarnya kau malas bekerja. Kita ni kerja, kena ikut disiplinlah, jangan jadikan masalah negara kau untuk kau diberi layanan istimewa ditempat kerja. Ini tempat kerja, tempat semua orang cari makan, ada tanggungjawab, jangan buat kepala sendiri.
Abang Hail diam dengar kata-kata Abang Jan, memang ada betulnya benda ni.
Banyak lagi dia cerita masalah orang Arab Palestin ni, cuma Abang Hail tak sanggup nak tulis sini, yang Abang rasa patut je abang tulis.
Dihujung sembang, Abang Jan minta jangan salah anggap dengan benda ni. Bagi dia, ni pengalaman dia bekerja lama di Timur Tengah, just untuk dibuat iktibar.
“Tu sebab kenapa, masalah negara dia orang tak selesai-selesai, memang Israel ni jahat, tapi Arab Palestin pun ramai yang bermuka dua, hipokrit, munafik.
“Apa pun, kita akan tetap bantu Palestin, paling kurang kita beri derma bantu mereka, memang ramai yang menderita, sedih kita.
Itulah kata-kata Abang Jan sebelum kami bersalaman dan mengayuh kembali.
Geng, Abang Hail setuju dengan komen Abang Jan.
Bagi abang Hail, kesusahan kita, jangan jadikan alasan tak mahu bekerja, jangan jadi alasan ponteng, jangan jadi alasan malas, jangan jadi excuse.
Kita kerja, kerja betul-betul. Orang simpati dengan kita bukan sebab masalah kita, tapi kerajinan kita.
Hehe.. macam moral of the story pulak.
Ok geng;Jumpa lagi.
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com