Kami mempunyai pengalaman bersama parti DAP selama 22 bulan setelah menubuhkan kerajaan selepas PRU14 yang lepas.
Berhati-hatilah dengan DAP.
Sebelum dapat kuasa mutlak DAP akan tunduk serta mengikut apa saja rentak politik Melayu tetapi yakinlah jika mereka dapat kuasa mutlak segalanya akan berubah.
Agenda parti DAP menggunakan calon-calon anak muda Melayu untuk menakluk kawasan-kawasan pengundi Melayu adalah satu gerakan yang cukup merbahaya pada anak bangsa kita.
Contoh yang paling ketara ialah parti PAP di Singapura.
Setelah Singapura keluar dari Malaysia dan mendapat kuasa mutlak politik di sana; apa terjadi pada nasib Melayu di negara Singapura?
Agenda politik DAP amat halus dan penuh dengan muslihat untuk mendapatkan kuasa mutlak.
Jangan sama sekali benarkan persempadanan semula pilihanraya di tanahair kita.
Juga jangan biarkan pilihanraya perbandaran berlaku di negara kita.
Sekiranya ini berlaku maka dalam tempoh sepuluh tahun lagi kemungkinan besar bangsa Melayu akan merempat di tanahair sendiri.
Mana-mana wakil-wakil rakyat Melayu yang menyokong persempadanan semula pilihanraya mereka adalah pengkhianat pada bangsa serta negara.
Tun Dr Mahathir Mohamad yang terbabit dalam politik tanahair dari tahun 1946 sehingga kini seringkali mengingatkan keseluruhan orang-orang Melayu mengenai isu ini.
Mantan Perdana Menteri dua kali ini seringkali membuat pembacaan politik serta ramalan yang tepat.
Bukan kerana beliau seorang yang ‘keramat’ tetapi pengalaman politik beliau terlalu luas dan amat mendalam.
Tiada siapa di negara kita yang dapat melibatkan diri dan melihat fasa-fasa perkembangan politik serta pentadbiran negara seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jadi ahli-ahli politik Melayu yang masih mentah jangan terlalu angkuh mahupun bongkak kerana ilmu politik mereka terlalu ‘cetek’ dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli-ahli politik Melayu masakini jangan jadi seperti ‘kaduk naik junjung’ dan jangan sama sekali biarkan ‘nasi menjadi bubur.’
Sekali ‘nasi menjadi bubur; bubur tidak akan jadi nasi lagi dan nasi tidak akan jadi beras’ lagi.
Perkembangan politik mutakhir negara meletakkan nasib melayu dapatlah diibaratkan seperti ‘telur di hujung tanduk’ dan ‘retak menanti belah.’
Bangsa Melayu jangan sama sekali sokong parti-parti yang mempunyai keahlian Melayu yang bersekongkol dengan DAP.
Sudah sampai masanya untuk Melayu bersatu padu bagi menghadapi dilema ini sebelum terlambat.
Akurlah pada nasihat serta pandangan jujur Tun Dr Mahathir Mohamad untuk selamatkan bangsa, negara dan agama.
Sesungguhnya juga, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai sebarang agenda kepentingan politik tetapi semata-mata mahu memperkasakan semula kedudukan Melayu dan Islam di negara kita.
Bagi saya Tun Dr Mahathir Mohamad dapatlah diibaratkan seperti ‘sebatang lilin’ yang senantiasa ‘membakar diri bagi menerangi penghidupan orang lain.’
Kemungkinan besar Allah swt masih meminjamkan beliau pada bangsa Melayu serta menganugerahkan kesihatan terbaik untuk beliau teruskan perjuangan yang belum selesai.
-Tamat
Khairuddin Abu Hassan, Aktivis Politik
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com