TERKINI

Bentuk Segera Jawatankuasa Selidik Sejarah Kedah-Pulau Pinang

Gambar malayadaily.com

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera

Sejak beberapa minggu yang lalu, isu berkaitan “Kedah-Pulau Pinang” telah kembali menjadi tajuk perbincangan hangat dalam kalangan semua lapisan masyarakat,samada di pihak pucuk pimpinan negeri dan negara,para akademik sejarahwan, para peguam dan masyarakat umum,secara khususnya Rakyat Negeri Kedah dan Negeri Pulau Pinang.

Cukup bertepatan, sempena dengan sambutan Hari Keputeraan Bagindan Sultan Kedah Ke-81, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah telah dalam menyampaikan titah ucapan juga telah menyentuh per penting sejarah “Kedah-Pulau Pinang” seperti yang dipetik media free malaysia today 18.06.2023 bertajuk “Jangan noktahkan sejarah pajakan P Pinang secara melulu, titah Sultan Kedah”, seperti berikut :

“Sejak akhir-akhir ini, perbincangan mengenai sejarah Kedah mulai subur di pelbagai platform. Rakyat dari segenap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai sejarah Kedah khususnya berhubung kedudukan Kedah dan Pulau Pinang.

“Pada hemat beta, perkembangan ini adalah satu perkembangan yang baik. Beta berharap agar minat rakyat untuk mendalami sejarah sebenar Kedah dan Pulau Pinang tidak dinoktahkan secara melulu,” titahnya memetik Kosmo.

“Adalah lebih baik sekiranya fakta-fakta ini dikaji secara ilmiah dan lebih tersusun agar dapat dijadikan rujukan serta membawa kebaikan kepada generasi akan datang.

“Hal ini adalah kerana sejarah adalah sumber kebijaksanaan terpenting dalam mengajar kita seni bernegara,” titahnya.

“Dalam tempoh melayari peradaban dari satu zaman ke satu zaman, kita menyaksikan Kedah melalui berbagai peristiwa peperangan, persahabatan, rundingan dan perjanjian dimeterai.

“Ekoran daripada rentetan sejarah tersebut serta hasil daripada persetujuan negeri-negeri maka tertubuhlah Persekutuan Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia. Bagi mentadbir Malaysia, sebuah kerajaan di peringkat Pusat iaitu Kerajaan Persekutuan ditubuhkan dengan kerajaan-kerajaan sedia ada di peringkat negeri dikekalkan.

“Kuasa yang dinikmati oleh Kerajaan Persekutuan pada hari ini adalah hasil daripada pemberian yang diberikan oleh negeri-negeri melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang dimeterai pada tanggal 5 Ogos 1957,” titahnya.

Tambah baginda, tidak wajar bagi mendiamkan suara rakyat di negeri ini berhubung sejarah dan kedaulatan Kedah itu.”

(Laporan penuh Free Malaysia Today 18.06.2023 bertajuk “Jangan noktahkan sejarah pajakan P Pinang secara melulu, titah Sultan Kedah”)

Ianya adalah amat wajar agar kepimpinan kesemua pihak, iaitu Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan dapat bersetuju untk menubuhkan satu Jawatankuasa Selidikan Sejarah “Kedah-Pulau Pinang” bagi tujuan antara lain :

a. Menyelidiki kesemua bukti yang sedia ada mahupun yang dapat dikenal pasti antara kesemua pihak sejak awal 1700 sehingga kemerdekaan 1957 bagi tujuan penentuan sejarah betul, lengkap dan tepat membabitkan “Kedah-Pulau Pinang”.

b. Memberi cadangan padu dan bernas untuk mengambilkira penentuan sejarah “kedah-Pulau Pinang”, bagi tujuan rujukan masa kini dan masa depan di setiap pihak, samada di pihak Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan dalam setiap urusan rasmi, termasuk dan tidak terhad kepada :

i. penambaikan dan pembetulan kandungan Buku Teks Sejarah oleh Kementerian Pendidikan, dan

ii. penambaikan dan pembetulan mana-mana peruntukan perundangan dan/atau perlembagaan yang perlu, jika ada.

Sesungguhnya sejarah yang betul dan tepat wajar menjadi rujukan dan pembelajaran Rakyat untuk membina negeri dan negara yang berilmu dan patriotik !

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

Haniff Khatri – Peguam

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp