TERKINI

Di mana pendirian suratkhabar Melayu?

Ahmad Murad Merican – malayadaily.com

Proses pencinaan naratif, citra dan kewatanan melayu. Inilah warga negara khianat. Dan Inilah Jabatan Warisan/Pesuruhjaya Warisan dan Lembaga Warisan negara perlu prihatin. Mereka tidak peka. Birokrat Melayu juga adalah pengkhianat, kerana takut dan lalai.

Kuasa dan pelaksanaan kuasa kementerian pendidikan tidak tegas. Hanya mentaliti makan gaji. Saya pernah tegur mengenai kurikulum dalam seminar yang dihadiri oleh birokrat kementerian. Mereka tidak pergi to the ground – dan ini termasuk sekolah UEC.

Apakah sekolah UEC di luar bidang kuasa kementerian? Jika ya, atau tidak, ini dibiarkan dengan kebebalan birokrat Melayu; dan kerakusan pengekalakan kuasa ahli politik Melayu. Bebal dan bahlul sampai bila-bila.

Apa peranan birokrat Melayu dalam pelhagai hal berkaitan? Bukan semuanya perlu cium tangan kuasa politik.

Selama lebih 60 tabun, 90 peratus birokrat perkhidmatan awam adalah peribumi. Dan lebih 95 peratus perkhidmatan awam tertinggi – Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sejak 1970an ialah Melayu. Namun ini masih terjadi dan menjadi-jadi. Ia juga mencerminkan mentaliti birokrat Melayu.

Prinsip berkecuali perkhidmatan awam/penjawat kerajaan dalam konteks Malaysia adalah prinsip yang lapok – kolonial. Memang ia satu ‘institusi’ yang kekal neutral dalam mana-mana sistem kerajaan di dunia.

Tetapi ia tidak boleh digunakan di Malaysia. Malaysia tidak boleh meneruskan prinsip ‘neutrality’ dalam perkhidmatan awam. Prinsip itu bukan pilihan lagi.

Dalam sejarah perkhidmatan awam Malaysia sejak 1970an, terdapat beberapa kes Ketua Seiausaha (KSU)/Ketua Pengarah (KP) yang betulkan yang salah. Saya faham kedudukan mereka. Namun pada tahap lokal – kerajaan tempatan, masih ada ruang. Ini pun dilepaskan – misalnya, lesen perniagaan, nama/jenama premis, nama kawasan perumahan, penggunaan bahasa kebangsaan, nama jalan, artifak warisan, semua di bawah tindakan daftar awal bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Dari satu segi, pegawai pendidikan tidak turun padang mengawas kurikulum dan penyampaian. dan ini bukan soalan kurikulum sama atau guru yang berkelayakan. Isu sekolah ini ialah soal IDEOLOGI yang lebih kritis. Hal inilah mesti ditangani – ideologi anti nasional.

Kini kita telah membiarkan mereka mentakrif ideologi nasional. Jangan terkejut jika mereka gelarkan diri sebagai nasionalis juga.

Mereka sering tuduh Melayu sebagai ekstremis! Siapa yang sebenarnya ekstremis? Dan ekstremis ini dlindungi/dibela oleh kerajaan, bukan hanya oleh kerajaan sekarang. Demi undi, kita kekal dan biayai ekstremis ini sejak 70an. Kini ia menapak sebagai ideologi dalam negara Malaysia.

Di mana pendirian suratkhabar Melayu – utusan, Berita Harian dan Sinar? Pendirian disuarakan dengan hujah; bukan berita melalui tik tok.

Inilah fungsi lidah pengarang/pendapat. Bukan dalam bentuk ‘minda pengarang’ – itu pokok oleh editor/sidang editor. Bukan suara secara kolektif suratkhabar tersebut ; dan bukan melalui halaman 10 – kononnya berfungsi sebagai pendirian akhbar.

Lidah pengarang adalah lidah pengarang – tidak berubah. Lihat saja suratkhabar lain di dunia. Laungan lidah pengarang tidak digunakan oleh wartawan dan editor Melayu. Di mana suara Melayu sekarang?

-tamat-

Professor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican, Profesor sejarah sosial dan intelektual

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp