TERKINI

Hakikat Sejarah : Usah Pertikai Identiti Malaysia

grafik malayadaily.com

Melayu ialah satu identiti kekal bagi negara Malaysia. Tidak perlu cuba menafikan hakikat sejarah, dimana Negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu telah membentuk satu persekutuan dan diberi kemerdekaan dengan nama Persekutuan Tanah Melayu pada 1957.

Semenjak ribuan tahun yang lampau, Orang Melayu telah mempunyai kerajaan dan Kesultanan di atas Tanah Melayu ini dan tidak pernah terputus.

Mendiang Emeritus Professor Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim mencatatkan; “Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.”

“Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu”

Sehingga ke hari ini, Malaysia ialah sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang kita gelar Yang Di Pertuan Agong (YDPA).

Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan kuasa eksekutif YDPA sebagai pemerintah tertinggi negara meliputi fungsi-fungsi Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman negara sepertimana yang termaktub dalam Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan.

Didalam Perlembagaan Persekutuan tertulis, Persekutuan di namai Malaysia. Didalam perlembagaan juga di tulis, Agama Islam ialah Agama Persekutuan.

Jesteru jika diikut hukum matematik, jawapannya Malaysia ini mempunyai agama, iaitu Islam. Malaysia pernah menjadi Pengerusi Pertubuhan Kerjasama Islam atau kita lebih kenali sebagai OIC pada tahun 2003.

Malaysia juga ialah sebuah negara yang mempunyai rakyat dari pelbagai bangsa. Namun Malaysia tetap aman damai dan progresif. Semua bangsa yang tinggal di negara ini diraikan kepelbagaiannya, tidak kira apa agama dan budaya.

Setiap dari rakyat Malaysia mempunyai hak masing-masing seperti yang di peruntukkan didalam Perlembagaan Persekutuan.

Namun identiti Melayu pada Malaysia tidak boleh dipertikaikan. Sebuah negara yang mempunyai Raja Melayu yang di panggil Yang Di Pertua Agong, sebuah negara yang mempunyai Agama iaitu Islam dan majoriti rakyatnya berbudaya Melayu.

Boleh dianggap sebagai satu penderhakaan kepada Yang Dipertuan Agong, penghinaan kepada Agama Islam dan pengkhianatan kepada negara, jika ada yang cuba merubah identiti Malaysia.

Azman Mohd Hashim – Semangat Melayu

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp