TERKINI

Isu Kos Sara Hidup, Apakah PN Ada Penyelesaian Alternatif?

Gambar hiasan – malayadaily.com

Isu utama kebanyakkan rakyat masih tertumpu kepada kos sara hidup. Perkara ini berkait rapat dengan daya saing aktiviti ekonomi Malaysia. isu kos sara hidup dipengaruhi oleh pelbagai faktor, selain faktor ekonomi global, dasar kerajaan dan keadaan pasaran tempatan juga menjadi faktor utama yang menyumbang kepada permasalahan ini.

Inflasi dan Harga Barang adalah faktor utama, sekiranya inflasi meningkat, harga barang dan perkhidmatan akan naik, menyebabkan kos sara hidup lebih tinggi. Walaupun inflasi semasa berada pada paras rendah, terdapat jangkaan peningkatan kepada 2.7% menjelang tahun 2025.

Punca utama kenaikan inflasi ialah kenaikan harga makanan, bahan mentah, dan keperluan asas. Nilai ringgit yang lemah, menyebabkan kos import lebih tinggi. Kos pengeluaran yang meningkat akibat cukai atau caj tambahan. Contoh yang sedang berlaku ialah harga beras dan ayam naik kerana kos import dan makanan ternakan meningkat.

Pendapatan & Kuasa Beli; Jika nilai upah rakyat tidak meningkat sejajar dengan kenaikan harga barangan, maka kuasa beli akan menurun dan ini akan menjadikan kos sara hidup lebih tinggi. Masalah utama ketika inilah kenaikan gaji minimum RM1,500 tetapi sewa rumah dan makanan terus meningkat melebihi nisbah gaji minimum.

Harga Minyak & Kos Pengangkutan juga memberi kesan rantaian yang besar secara keseluruhan. Ia mempengaruhi kos logistik dan penghantaran, yang boleh menyebabkan harga barang meningkat.

Punca utama kepada masalah ini ialah apabila subsidi petrol dikurangkan atau harga minyak global meningkat, maka kos penyelenggaraan dan operasi kenderaan awam meningkat, kos-kos ini akan dipulangkan kepada rakyat menerusi peningkatan harga barangan.

Inflasi juga berkaitan dengan kos perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang meningkat. Sekiranya kos rawatan hospital swasta dan yuran pendidikan tinggi, ia boleh membebankan rakyat. Ini berlaku apabila Insurans perubatan meingkat. Kos ini meningkat kerana peningkatan caj doktor dan harga ubat import yang semakin mahal.

Nilai Ringgit & Ekonomi Global. Jika nilai ringgit terus lemah, harga barangan import meningkat, yang menyebabkan kos sara hidup naik. Ia berpunca dari ketidaktentuan ekonomi global seperti perang perdagangan dan kenaikan kadar faedah di AS.

Kebergantungan Malaysia terhadap barangan import seperti makanan dan teknologi akan mendedahkan ekonomi Malaysia kepada ketidaktentuan harga barangan domestik.

Persoalannya, adakah kerajaan Madani benar-benar kompeten untuk menangani masalah ini dan bagaimana Perikatan Nasional boleh memberi penyelesaian alternatif yang lebih berkesan. – Editorial

Facebook
Twitter
WhatsApp