TERKINI

Isu sekolah Cina dan Ultra Kiasu

Teo Kok Seong (kiri), Mohd Ridhuan Tee Abdullah (kanan) – malayadaily.com

Kenapa semua ahli parlimen Melayu PN dan BN senyap sepi dalam isu Sekolah Cina menanam benih perkauman dan penghalang integrasi nasional?

Adakah kamu takut kehilangan undi dan kuasa?

Saya ingatkan, ada sekurang-kurangnya dalam kalangan ahli parlimen PN, kalau pun bukan BN, PKR janganlah diharapkan, akan bangun mencelah apabila ahli parlimen ultra kiasu memetik nama Prof Dato Dr Teo Kok Seong dalam parlimen, mengenai kenyataannya berkaitan sekolah Cina yang menjadi punca kepada masalah integrasi kaum atau menanam benih perkauman.

Sehingga ke hari ini, beberapa hari berlalu, tidak ada seorang pun ahli parlimen PN terutamanya, tampil mempertahankan atau membela Teo, sedangkan kita semua tahu itulah kebenarannya.

Adakah kamu ahli parlimen sudah bacul, semua takut kepada kehilangan undi?

Sampai hati kamu semua membiarkan seorang profesor Cina, bercakap soal pendidikan Cina, terkontang-kanting seorang diri, sedangkan, sejarahwan Cina seperti mendiang Prof Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan saya sendiri telah bercakap lama tentang persoalan dan isu besar negara ini.

Kenyataan ini sudah terbukti kebenarannya. Kajian demi kajian telah dibuat. Anak-anak Cina ini tidak bergaul. Komunikasi bahasa Melayu mereka, maaf cakap zero, sangat menyedihkan.

Ramai yang gagal bahasa Melayu padavtahap terlalu rendah berbanding dengan sekolah kebangsaan, masuk sekolah menengah tidak bergaul, sehingga ke institusi pengajian tinggi.
Polarisasi sangat ketara. Itu baru satu bukti, belum bukti yang lain.

Kenyataan Teo langsung tidak rasis seperti seperti yang didakwa oleh ramai ultra kiasu yang menyerang selepas itu, dalam dan luar parlimen.

Teo adalah seorang Cina, membangkitkan isu pendidikan Cina, kecualilah Teo berbangsa Melayu.

Bangsa Cina bercakap berkaitan dengan masalah bangsanya sendiri, itu adalah kebenaran, langsung tidak rasis, kecualilah Teo itu berbangsa Melayu dan kenyataan itu dikeluarkan oleh orang Melayu

Saya bangga dengan Teo, meskipun dikritik kiri dan kanan, Teo Kok Seong mempertahankan kenyataannya bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menjadi punca perpecahan kaum di negara ini.

Tidak cukup dengan itu, Teo turut berkata bahawa orang Cina (tidak semua) turut memandang rendah kepada orang Melayu. Inipun benar.

Ultra kiasu di dalam dan di luar parlimen, mahukan Teo dikenakan tindakan, kerana menghasut. Peliknya, kenapa pemimpin-pemimpin PN dan Melayu diluar sana mendiamkan diri? Apa sudah jadi? Telur kamu di mana? Apakah kerana politik, takut kehilangan undi?

Saya cabar, jika berani pemimpin ultra kiasu dan mahukan bukti dan segalanya, mari kita bersemuka, saya cabar ultra kiasu ini jika kamu anak jantan? Mari kita bincang secara akademik, meskipun ahli parlimen PN tidak menyokong tidak mengapalah. Berani kerana benar.

Mari kita sama-sama wacanakan atau forumkan, panggil juga ahli parlimen ultra kiasu itu dan Dong Zong dan Jiao Zong. Jangan banyak soal dan banyak cakap lagi. Saya bersedia, bersama Profesor Teo Kok Seong.

Saya cukup kecewa dengan ahli parlimen PN dan BN terutamanya, jangan kamu diam kerana takut kehilangan undi dan kuasa. Itu bacul dan pondan namanya.

Saya akan muncul dalam podcast GPS (gabungan pengundi sedar) jam 10am pagi kita. Mari kita bersama

Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah – Beliau adalah seorang penulis, memiliki kelulusan BA (Hons) Sains Politik (UKM), MA Kajian Strategik (UKM), PhD Politik dan Kerajaan (UPM), Dip. Pengajian Islam (UIA).

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp