TERKINI

Jati diri Melayu Islam sedang dihakis?

Azman Mohd Hashim – malayadaily.com

Sepanjang ingatan saya, rakyat Malaysia tidak pernah putus dari berdiri di belakang rakyat Palestin yang di ganasi oleh Zionis Israel di dalam agenda mereka hendak melakukan pembersihan etnik ataupun genoside dan merampas tanah milik rakyat Palestin di dalam konflik yang telah berlanjutan lebih tujuh puluh tahun ini.

Dan setiap kali konflik ini memuncak, rakyat biasa, orang-orang tua, ibu dan kanak-kanak yang tidak berdosa diheret sekali sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kecederaaan yang tinggi di pihak Palestin.

Maka rakyat Malaysia akan bangun memberi bantuan setakat mampu, bukan sahaja dengan wang ringgit malah ada yang sanggup bergadai nyawa pergi sendiri ke Palestin menghulur bantuan dengan menyumbang kemahiran yang ada.

Pada masa yang lalu, pemimpin dan dan rakyat Malaysia pasti akan dengan lantang dan keras mengecam Israel dan sekutunya Amerika Syarikat dan Britain.

Di mana-mana kita dapat melihat perhimpunan-perhimpunan aman yang dianjurkan sebagai menunjukkan soladirati bersama rakyat Palestin, perhimpunan-perhimpunan ini lazimnya akan di sertai oleh bangsa Melayu yang sudah tentulah beragama Islam.

Dengan semangat jati diri Melayu inilah, kita melaungkan sokongan kepada rakyat Palestin dan kecaman kepada Israel atas nasib yang menimpa saudara se-Islam kita.

Dengan pemimpin negara pada masa itu juga lantang mengecam Israel dan Amerika Syarikat di pentas dunia sehingga banyak negara-negara Arab sendiri kagum dan menghormati Malaysia kerana tegas dan komited dalam isu-isu Palestin.

Hari ini, kita dapat melihat seolah-olah negara telah berubah komitmen di dalam isu konflik Palestin-Israel. Kita mendengar kejadian di mana dalam perhimpunan yang melarang dilaungkan “Allahu Akbar!”.

Gambar mengecam perdana menteri Israel ataupun presiden Amerika dilarang, belum lagi kita mendengar kerajaan membuat kenyataan “mengecam keras tidakan Israel” atau pun “Malaysia Condemn Israel”, kita diminta tidak hanya bercakap tentang Palestin, tetapi perlu juga beri perspektif tentang Israel.

Ada berita yang mengatakan pemimpin negara diugut kerana pendirian yang menyokong Palestin, rasanya pemimpin-pemimpin sebelum ini juga diugut dan dikritik hebat oleh sekutu-sekutu Israel.

Malah pemimpin yang dahulu berani berdepan di media antarabangsa dan membalas kritikan-kritikan tersebut secara berdepan.

Keamanan dan keharmonian negara harus sentiasa dijaga dan dikekalkan tetapi bangsa Melayu yang pastinya beragama Islam perlu menilai semua ini dan berfikir dengan bijak.

Situasi hari ini amat mengecewa dan membimbangkan, kerana ianya menunjukkan seolah-olah jati diri Malayu di dalam negara sedang melalui satu proses penipisan.

Azman Mohd Hashim SM

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp