TERKINI

Kenapa hanya Melayu boleh jadi PM? – Bah. Akhir

Gambar hiasan – foto Mynation

Hampir setiap negara yang mendapat kemerdekaan dari penjajah akan diiringi dengan kisah perjuangan yang melibatkan pertumpahan darah dan korban nyawa.

Tanah Melayu juga tidak kurang dengan kisah perjuangan yang mengobankan nyawa, penentangan terhadap penjajah bermula sejak zaman Portugis sehinggalah kepada penjajahan British. Tetapi, perjuangan mereka hanyalah untuk negeri masing-masing.

Apabila proses memerdekakan Tanah Melayu berlaku, tiada pertumpahan darah mahupun kehilangan nyawa yang berlaku.

Namun orang Melayu pada ketika itu telah membuat satu pengorbanan yang besar, di mana ianya mempunyai kesan jangka panjang yang tidak disedari.

Orang Melayu pada ketika itu telah terpaksa merelakan kebenaran diberi untuk memberi kerakyatan kepada imigran-imigran yang berada di Tanah Melayu ketika itu walaupun sebahagian besar dari mereka tidak pun mempunyai kelayakan.

Setelah zaman-berzaman orang Melayu berjuang untuk mengembalikan pemerintahan negara kepada tangan orang Melayu, malangnya ada segelintir orang Melayu generasi hari ini yang sanggup hendak melihat pemerintahan negara diberi kepada bukan Melayu.

Mendiang Lee Kuan Yew pernah membuat kenyataan di satu wawancara, bahawa bangsa Melayu adalah punca kepada kesukaran perpaduan ataupun intergrasi kaum hendak dilaksanakan.

Kerana orang Melayu perpegang kuat kepada ajaran Agama Islam. Ini adalah satu kenyataan yang dibuat oleh seorang pemimpin yang amat disanjungi oleh ramai golongan bukan Melayu di Malaysia dan Singapura.

Di dalam perlembagaan Singapura ada disebut tentang kedudukan istimewa orang Melayu selain bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tetapi di mana orang Melayu Singapura dan bahasa Melayu ketika ini?

Pentadbiran Singapura yang dikuasai “People Action Party” PAP, tidak perlu pun menghormati perlembagaan negara mereka. Kita tahu hampir semua pemimpin parti ini adalah bukan Melayu.

Kita tidak dapat meyakini bahawa golongan bukan Melayu akan menaikkan martabat bahasa Melayu, mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu mahupun menjaga kesucian agama Islam.

Benar, di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut hanya Melayu boleh menjadi Perdana Menteri. Tetapi orang Melayu boleh tidak membenarkan bukan Melayu untuk mendapat jawatan tersebut.

Hanya Melayu sahaja boleh menjadi Perdana Menteri di Persekutuan Tanah Melayu ini.

Ingat, bila bangsa Melayu hilang kuasa, bangsa Melayu akan hilang negara. Apabila bangsa Melayu hilang negara, bangsa Melayu tidak akan dihormati lagi.

Azman Mohd Hashim SM

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp