TERKINI

Konsep Pelbagai Kaum Telah Gagal

Angela Merkel (kiri), David Cameron (kanan) – foto gov.uk

Seorang ahli falsafah terkemuka yang hidup pada awal abad ke 20 berkata “mereka yang gagal mengingati masa lalu, pasti akan mengulangi kejadian itu” sementara Winston Churchill Perdana Menteri Britain menulis “Mereka yang tidak belajar dari sejarah, pasti akan mengulanginya”.

Kedua-duanya merujuk kepada kejadian lepas yang membawa kemusnahan atau pun keburukan.

Lebih sedekad yang lalu, sewaktu David Cameron yang ketika itu Perdana Menteri Britain dan Angela Merkel sebagai Cancelor Jerman, kedua-dua pemimpin ini telah mengeluarkan satu kenyataan yang berbunyi; Konsep pelbagai kaum telah gagal.

Kenyataan Angela Merkel disiarkan oleh Daily Mail pada Oktober 2010, beberapa bulan kemudian kenyataan David Cameron disiarkan oleh BBC News pada Februari 2011.

David Cameron berkata, kebebasan dan hak sama rata yang diberikan telah diambil kesempatan untuk membina kekuatan etnik sendiri. Angela Merkel juga memberi pandangan yang sama sebelum itu.

Diantara punca yang menyumbang kepada kegagalan konsep pelbagai kaum ini ialah, dasar kerajaan yang memberi terlalu banyak ruang tolak ansur bagi kaum minoriti mengekalkan budaya mereka yang akhirnya mengenepikan budaya kaum asal.

Keputusan membenarkan penduduk minoriti mengekalkan sistem pendidikan mereka sendiri memberi kesan kemudiannya terhadap kaum muda minoriti yang menghayati sikap sayangkan negara, menghormati masyarakat asal serta mengabaikan sejarah negara.

Generasi kedua kaum minoriti mula menolak kedudukan kaum majoriti, mengembangkan pengaruh budaya mereka.

Ini adalah kenyatan yang dibuat oleh dua pemimpin dari dua buah negara yang dianggap kaya dan maju di dunia.

Amitai Etsioni, seorang lagi ahli Sains Sosial memberi pendapat, peranan pemerintah amat penting. Pemerintah perlu kuat serta berupaya membentuk dasar-dasar dalam membentuk kerangka pendidikan rakyat dalam sebuah negara.

Kerajaan perlu perlu melaksanakan dasar pendidikan tanpa perlu bertolak ansur dangan kumpulan yang menentang usaha pembinaan negara bangsa.

Pendidikan negara perlu tegas dalam usaha membentuk masyarakat pelbagai kaum yang kita miliki. Antara yang penting ialah pendidikan sejarah, penekanan perlu diberikan kepada sejarah sebenar Tanah Melayu.

Bukan hanya bermula dari sejarah Melaka mula dijajah dan kemudian kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957.

Pengetahuan mendalam berkenaan sejarah Melayu itu sendiri dan Tanah Melayu akan menjadikan setiap rakyat yang hidup di negara ini lebih memberi aprisiasi atas kenapa mereka boleh hidup dengan harmoni dalam suasana pelbagai kaum.

Secara tidak langsung tidak akan timbul tuntutan-tuntutan tidak masuk akal oleh kaum minoriti. Konsep negara pelbagai kaum yang dianggap gagal di Eropah adalah sejarah yang perlu kita ambil iktibar.

Rujukan: Artikel tulisan Mohd Samsudin Pensyarah Kanan di UKM dan Shahizan Shaharuddin Pensyarah UKM.

Azman Mohd Hashim SM

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp