TERKINI

LGBTQIA+ Tidak Harus Ada Tempat Dalam Negara Islam Seperti Malaysia

Gambar hiasan – Foto Utusan

Dunia Barat seperti mana yang kita tahu mengamalkan kebebasan tanpa batas dan secara moralnya mereka telah korup. Tidak menjadi kehairanan untuk melihat kegiatan golongan LGBTQIA+ berkembang subur di negara mereka.

Kini nilai-nilai korup ini telah berjaya dikembangkan kedunia sebelah sini, ini tidak sukar untuk berlaku di dalam dunia komunikasi multimedia yang amat mudah di akses oleh sesiapa sahaja dari yang tua hingga kepada kanak-kanak.

Tuhan menciptakan lelaki dan wanita dengan ciri-ciri fizikal yang tersendiri dengan memberi perbezaan yang jelas.

Terutamanya perbezaan fungsi organ dalaman, dimana membolehkan wanita menghasilkan telur dan melahirkan zuriat sementara lelaki menghasilkan sperma untuk disenyawakan.

Walau apa cara pun lelaki tidak boleh menjadi wanita dan wanita tidak boleh menjadi lelaki.

Secara klinikal, LGBTQIA+ ini adalah merupakan sesuatu yang bersifat emosi, mental dan nafsu.

Bagaimana boleh mengiktiraf golongan ini sedangkan mereka tidak boleh dikenalpasti, kita hanya tahu seseorang itu Gay atau Lesbian hanya apabila dia mengaku bahawa dia Gay atau Lesbian.

Seseorang itu boleh mengaku Gay atau Lesbian di hadapan si A, kemudian mengaku normal di hadapan si B. Sesiapa sahaja boleh mengaku dia ialah apa sahaja yang huruf di dalam LGBTQIA+ ini mewakili.

Dalam Islam, setelah diijab kabul di hadapan saksi-saksi, barulah hubungan seksual antara sepasang lelaki dan wanita itu halal.

Selain dari itu, semua hubungan seksual adalah dikira zina, maka azab neraka telah dijanjikan Allah. Maka apa yang diperjuangkan oleh golongan LGBTQIA+ ini jelas sekali melanggar hukum agama dan moral.

Kita tidak harus mengecam, menghina atau memandang negatif individu yang tergolong didalam kumpulan LGBTQIA+ ini.

Kita harus memberi bantuan dan sokongan dari segi moral dan spiritual kepada individu begini, mereka sebenarnya melalui dugaan tuhan yang amat sukar. Individu seperti ini amat memerlukan sokongan mereka yang disekelilingnya.

Tetapi kita langsung tidak boleh memberi toleransi kepada gerakan kumpulan LGBTQIA+ yang melaungkan perjuangan mahukan kebebasan melakukan apa sahaja mengikut nafsu mereka, apa lagi untuk mengiktiraf gerakan mereka.

Malaysia adalah satu persekutuan, dan agama persekutan ialah Islam, ini tertulis dalam perlembagaan. Gerakan LGBTQIA+ tidak harus ada tempat di negara ini, namun yang menggusarkan sekiranya ada pemimpin negara yang bersimpati dengan gerakan mereka ini.

Azman Mohd Hashim SM

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp