TERKINI

Lim Kit Siang tiada merit nak bercakap tentang ‘Unity’

Penulis, Azman Mohd Hashim – malayadaily.com

Lim Kit Siang mempertahankan kenyataan beliau yang dibuat semasa melawat pelajar-pelajar di Manchester England berkaitan isu bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri melalui satu rakaman video yang diviralkan, malah rakaman juga dibuat bukan dalam bahasa kebangsaan.

Di dalam rakaman tersebut, Lim Kit Siang ada menyebut “if Malaysia is to be a great world class nation” dan satu lagi beliau menyebut tentang “unity” atau Perpaduan.

Adakah Lim Kit Siang membayangkan sekiranya untuk Malaysia menjadi negara kelas dunia, adakah mesti Perdana Menteri dari bukan Melayu? Kita boleh mengagak negara yang hendak dijadikan contoh.

Seluruh Malaysia perlu ingat, negara di transformasi dari sebuah negara pertanian yang miskin kepada sebuah negara perindustrian moden oleh seorang Perdana Menteri Melayu yang disegani dunia.

Saya lebih berminat hendak menyentuh tentang “unity” atau perpaduan yang beliau sebut. Untuk memahami ini, kita perlu melihat sejarah bangsa Cina dan sejarah pembentukan negara diawal kemerdekaan.

Bangsa Cina mempunyai tamadun dan sejarah yang sudah mencecah 5000 tahun, seiring dengan bangsa Eropah, Arab dan India.

Orang Cina memanggil negara mereka “Chung Kwok” ataupun ‘Kerajaan Tengah’, seolah-olah mereka adalah pusat dunia, sementara negara-negara lain perlu tunduk kepada mereka. Ini dapat memberi gambaran kepada kita bahawa orang Cina bangga dengan bangsa mereka.

Sewaktu menghadapi persediaan untuk mendapat kemerdekaan selepas Perang Dunia ke-2, terdapat dua kumpulan Imigran Cina di Tanah Melayu ketika itu.

Satu, sekumpulan kecil yang sudah bermastautin di Semenanjung Tanah Melayu beberapa generasi, hasil kegiatan perdagangan antara Tanah Melayu dan Tanah Besar China ratusan tahun lamanya.

Dua, Kumpulan yang lebih besar iaitu kumpulan imigran yang datang dengan tujuan ekonomi dan sebagai buruh lombong bermula hujung abad ke-19.

Kumpulan ke-dua ini, yang awalnya datang atas tujuan ekonomi dan tidak berniat untuk menjadi rakyat negara ini kerana perancangan mereka ialah untuk tinggal sementara dan membuat kekayaan.

Untuk mengekalkan kesetiaan mereka kepada negara asal, mereka memastikan anak-anak mereka yang lahir di negara ini mendapat pendidikan sama seperti di negara China dan tidak hilang kebudayaan mereka, maka banyak sekolah-sekolah Cina ditubuhkan.

Untuk tujuan ini mereka mendapat sokongan dan bantuan dari negara China, tenaga pengajar dari negara China dihantar untuk memastikan propaganda mereka diajarkan di sekolah-sekolah ini.

Mereka juga menubuhkan berbagai-bagai persatuan dan parti politik yang asalnya bermula dengan kumpulan kongsi gelap.

Semasa menghadapi kemerdekaan, ramai Orang Cina tidak berminat hendak menjadi rakyat Tanah Melayu, tetapi persatuan-persatuan Cina telah mengadakan beberapa perhimpunan mempromosi kepada orang Cina untuk memohon menjadi Rakyat Malaya.

Melalui perhimpunan-perhimpunan inilah pemimpin-pemimpin persatuan yang kebanyakannya juga adalah bekas pemimpin parti politik Kuo-Mintang telah mengemukakan beberapa tuntutan untuk proses mendapatkan kerakyatan.

Antara tuntutan mereka ialah hak sama rata, mengiktiraf bahasa Cina sebagai salah satu bahasa kebangsaan, tidak perlu ujian Bahasa Melayu untuk di terima sebagai rakyat. Jika diteliti, tiada satu ayat pun mengatakan mereka mengiktiraf Raja-raja Melayu.

Orang Cina tahu, dengan menuntut hak sama rata mereka akan mempunyai kelebihan untuk mendominasi.

Kerana, orang Cina mempunyai kuasa ekonomi yang kuat dan bangsa mereka ramai yang berpelajaran, berbanding dengan orang Melayu waktu itu yang rata-ratanya miskin dan tiada berpendidikan tinggi. Perjuangan menuntut hak sama rata ini tidak pernah luput dan semangkin ketara pada hari ini.

Orang Cina tidak pernah mahu menjadi rakyat kepada negara orang Melayu, kerana mereka menganggap bangsa mereka lebih tinggi peradabannya dari orang Melayu yang miskin.

Mereka tidak pernah menganggap Raja-raja Melayu mewakili mereka, Raja-raja Melayu pada mereka adalah untuk orang Melayu sahaja.

Dari awal lagi orang Cina datang ke Tanah Melayu bukan untuk membina perpaduan dengan orang Melayu, mereka tetap setia kepada negara asal dan mahu kekal menggunakan bahasa Cina, mengamalkan budaya Cina dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan semua itu.

Malah walaupun tidak menerima bantuan kerajaan, mereka sanggup untuk berjuang mengekalkan sekolah-sekolah Cina dengan perbelanjaan sendiri.

Apa sahaja yang orang Cina lakukan adalah untuk kepentingan perniagaan mereka dan bangsa mereka sahaja, oleh itu Lim Kit Siang tidak layak untuk menggunakan perkataan “Unity” apabila bercakap tentang kenegaraan dan bangsa Malaysia.

Azman Mohd Hashim SM

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp