TERKINI

Menormalisasi sekolah vernakular, suatu pengkhianatan kepada negara

Yang harus diberi keutamaan oleh kumpulan Melayu yang prihatin ialah naratif yang kian mengarusperdanakan sekolah vernakular. Ini Sudah songsang dan mengarut.

Ibu bapa Melayu yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah cina adalah pengkhianat negara!

Jika ini dibiarkan, tidak lama lagi, berdasarkan kepada sentimen terkini, sekolah vernakular cina akan beralih dan dijadikan sekolah kebangsaan; seterusnya kita akan dihadapkan dengan penghapusan sekolah dan sistem pendidikan kebangsaan.

Mereka yang berkuasa yang kini tidak menyokong sistem Satu sekolah Satu aliran; Akan beralih kepada menyokong sistem sekolah Satu aliran Sebab sekolah sistem Satu aliran itu tidak akan wujud elemen Melayu dan Islam. Salah siapa? Ibu bapa Melayu, kementerian pendidikan dan ahli politik.

Mereka menggunakan pendidikan, mempromosikan dan mengukuhkan tapak pendidikan China di Malaysia untuk mengabsahkan keperibumian China Di Tanah Melayu yang disokong oleh Melayu-Melayu pengkhianat yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah vernakular.

Pendidikan digunakan untuk memperibumikan sekolah vernakular. Alasan dalam hujah saya Apabila dipanggil oleh kementerian tahun 2019 dalam kajian mengenai UEC /sekolah vernakular (yang hingga kini laporan tidak didedahkan kepada awam) bukan kerana peperiksaan itu tidak dijalankan dalam Bahasa Melayu; Ini bukan soal bahasa; ini soal UEC dan sekolah vernakular didokongi oleh puak warga negara yang secara sistematik, sejak tahun 1950an, menolak dasar dan pelaksanaan perpaduan nasional. Saya maklumkan kepada pasukan kajian UEC itu bahawa kumpulan ini ekstremis dalam konteks masyarakat kebangsaan.

Semua ini akan digunakan untuk ‘normalize’ sekolah vernakular Di Malaysia. Ini satu hal tidak normal/satu anomali dalam sesebuah sistem negara bangsa.

Dan apabila sekolah kebangsaan menjadi tidak normal, media Melayu pun akan menjadi tidak normal, penggunaan bahasa melayu pun akan menjadi tidak normal, identiti dan bahasa Melayu pun akan menjadi identiti dan bahasa asing di Tanah Melayu!

Professor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican, Profesor sejarah sosial dan intelektual

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp