Sudah hampir satu bulan kita membaca, mendengar dan menonton berita di media, TV dan lain-lain, berkenaan isu lambakan dan pembuangan sayur-sayuran.
Persatuan Pekebun Sayur dan Bunga Bumiputera Lojing (PPSBL) Kelantan menjelaskan, akibat dari lambakan sayur yang diimport dari China dan Thailand di pasaran tempatan telah menjejaskan harga, di mana harga borong bagi sayur-sayuran keluaran mereka menjadi terlalu murah.
Umpamanya satu kilogram tomato yang sebelum ini berharga RM6, kini telah menjadi RM1.50 bagi 1 kg.
Ini menyebabkan mereka tidak mampu menghantar keluar hasil mereka kerana tidak dapat menanggung kos pengangkutan. Oleh itu mereka terpaksa membuang sahaja hasil tanaman mereka.
Seperti satu laporan berita TV menunjukkan hasil buangan sayur mereka menjadi rezeki kepada gajah liar dikawasan itu.
Pada 24 April Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyatakan akan meneliti isu ini yang menyebabkan kira-kira 500 pekebun terjejas, sebagai melaksanakan langkah penyelesaian.
Pada 25 April pula, KPKM mendedahkan pekebun sayur Cameron Highlands sengaja membuang dan memusnahkan sayur-sayuran hasil tanaman mereka dengan tujuan menaikkan harga, ini disahkan oleh Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands.
Dari satu sudut, jika membaca laporan perdagangan mengenai import sayuran ke Malaysia, nilainya mencecah RM billion, jelas sekali ini satu aktiviti perniagaan yang amat besar.
Dari semua laporan diatas saya berpandangan, mangsa dalam isu lambakkan sayur ini ialah kebanyakannya pekebun Melayu dan orang ramai. Pekebun di Lojing sebahagian besar ialah Melayu, Pekebun di Cameron sebahagian besar bukan Melayu.
Yang mengimport sayur-sayuran bernilai billion ringgit juga bukan Melayu. Yang mengawal penganggihan bekalan makanan ialah bukan Melayu, mereka juga yang menentukan hasil siapa dan dari mana yang hendak diagihkan di dalam pasaran.
Menteri KPKM sepatutnya terus masuk campur dan tentukan jumlah import dikawal, pastikan hasil tanaman pekebun di Lojing dapat di edarkan kepada pasaran, dan pastikan rakyat menikmati hasil sayuran segar tempatan dengan harga yang murah dan berpatutan.
Di sini Pekebun akan mendapat untung, rakyat juga akan mendapat bekalan sayuran yang murah. Bukannya Menteri sekadar meneliti perkara yang semua orang sudah tahu, sebab dan akibatnya.
Disini jelas, demi kepentingan mendapat keuntungan, rakyat menjadi mangsa, harga sayur dikatakan mahal kerana ekonomi dunia.
Sedangkan pekebun sengaja membuang sayur di Cameron Highlands supaya harga naik, pengimport dibiarkan mengimport sayuran dan diedarkan di pasaran. Jika import sayur dikawal akan merugikan pengimport.
Adakah Menteri KPKM bertanggungjawab melindungi mereka ini demi sokongan politik? Yang mana sepatutnya, keterjaminan bekalan makanan dengan harga yang murah demi rakyat adalah tanggungjawab sebenar.
Azman Mohd Hashim SM
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili malayadaily.com