Setiap negara di dunia ini memiliki identiti etnik tertentu, seperti negara Cina dimiliki oleh bangsa Cina, negara India dimiliki oleh bangsa India, dan negara-negara Arab dimiliki oleh bangsa Arab. Begitu juga dengan persekutuan Tanah Melayu yang dimiliki oleh Orang Melayu, dan hal yang serupa berlaku untuk Fiji, Nepal, dan lainnya.
Bagi negara yang tidak memiliki kepemilikan yang jelas oleh satu bangsa tertentu, seperti Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Singapura, dan sebagainya, mereka sering kali digolongkan sebagai negara imigran.
Namun, negara-negara ini masih didominasi oleh satu etnik tertentu. Contohnya, Amerika Syarikat, Australia, dan New Zealand didominasi oleh orang kulit putih atau bangsa Eropah, sementara Singapura didominasi oleh bangsa Cina.
Sejarah menunjukkan bahawa penduduk asli atau pribumi negara-negara ini sering kali kehilangan atau dirampas hak-hak mereka.
Malaysia, yang terdiri dari Persekutuan Tanah Melayu dan Borneo, adalah milik orang Melayu dan Pribumi. Ini telah dimeterai dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bangsa Melayu mempunyai kedudukan istimewa, Bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan, dan Agama Islam diakui sebagai agama rasmi Malaysia. Oleh itu, adalah penting untuk mempertahankan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Apabila ada percubaan untuk melaksanakan Program seperti Permohonan Kewarganegaraan yang menjadi isu baru-baru ini. telah menimbulkan kebimbangan.
Adakah ini satu cubaan untuk merubah dominasi kaum pribumi dan Melayu, lebih-lebih lagi program ini tertumpu kepada satu kaum sahaja. Meskipun pihak penganjur telah memberikan penjelasan, masih terdapat kekeliruan dan ketidak telusan dalam pelaksanaan program tersebut.
Program MM2H (Malaysian My 2nd Home) juga seolah-olah mempunyai agenda tertentu, dengan kelonggaran diberi dengan meminda syarat-syarat penyertaan MM2H bagi memudahkan lebih ramai kemasukan warga asing ke negara ini.
Kedatangan warga asing menjadi isu kerana keistimewaan yang diberikan melalui program MM2H yang melibatkan pengurangan jumlah minimum deposit tetap, keizinan membeli hartanah, kebolehan membawa tanggungan yang ramai, dan kebolehan mendapatkan status penduduk tetap.
Syarat kemasukan yang longgar serta manfaat-manfaat strategik yang diberikan kepada peserta MM2H menimbulkan permasalahan berikutan kesannya yang dilihat mampu mengubah status quo demografi dan menjejaskan ekonomi penduduk Malaysia terutamanya kaum Bumiputera.
Justeru itu yang menjadi kemusykilan ialah, sebahagian besar peserta MM2H ini adalah warga negara Cina, seperti yang dilaporkan merupakan 44% dari keseluruhan peserta MM2H.
Namun demikian, demi menjaga keharmonian negara, adalah penting bagi kita untuk memikirkan semua perkara dengan teliti demi kebaikan bersama.
Azman Mohd Hashim-SM
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com