Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memansuhkan Ujian Penialaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2021 adalah berpunca daripada pengenalan kepada Gred Purata Sekolah (GPS) dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP).
GPS sekolah menjadi “ranking” pencapaian dalam daerah, negeri dan kebangsaan dijadikan perbandingan.
Kedudukan (ranking) prestasi pencapaian sekolah diukur melalui GPS. Sekolah yang GPSnya “besar” adalah pencapaian terendah.
Sebagai contoh di sekolah rendah angka maksima ialah 5, angka 1 adalah cemerlang. Tak ada sekolah yang dapat GPS 5. Paling corot pun sekolah memperolehi 4 perpuluhan angka tertentu. Akhirnya GPS pun dimansuhkan kerana tekanan pihak tertentu.
GPS dan GPMP adalah alat mudah untuk menilai pencapaian sekolah dan mata pelajaran. Oleh kerana disalahgunakan oleh pihak berkepentingan dalam KPM sendiri menjadi persaiangan yang tidak sihat berkaitan kedudukan sekolah dalam, daerah, negeri dan kebangsaan.
Bagi sekolah yang corot menjadi perhatian pihak berkepentingan termasuk ibu bapa. Dalam “Dailog Prestasi” peringkat daerah atau negeri menjadi bahan jenaka umpatan dan tekanan kepada sekolah yang terpaksa akur kepada kehendak orang atas, bukannya memenuhi keperluan sekolah.
Bukan setakat dalam “circle” institusi pendidikan, malahan ibu bapa dan persekitaran sekolah juga akan memberikan perhatian. Ibu bapa akan membuat pilihan mencari sekolah yang prestasi lebih baik walaupun sekolah jauh dari tempat tinggal.
Bukan salah UPSR tetapi proses pembelajaran di sekolah kurang berkesan. Tumpuan sekolah hanya murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR.
Segala macam “program jangka pendek” termasuk program motivasi dengan pelbagai jenama dan “jargon” yang mendapat sokongan pelbagai pihak untuk meningkatkan pencapaian UPSR.
Maka “program tuisyen” yang terbesar berlaku di sekolah untuk murid tahun 6 sepanjang satu tahun sebelum UPSR.
Oleh kerana tumpuan yang berlebihan, terdapat mata pelajaran yang bukan peperiksaan diabaikan untuk memberi laluan kepada mata pelajaran peperiksaan. Umpamanya mata pelajaran Pendidikan jasmani tidak laksanakan mengikut jadual.
Seharusnya perlu ada keseimbangan pelaksanaan proses pembelajaran yang berlaku di semua peringkat tahun 1 hingga tahun 6. Oleh kerana pencapaian UPSR adalah memberi pemberatan yang tinggi terhadap nilai dalam GPS.
Kenyataan KPM UPSR menyekat peluang murid aktif bidang selain akademik adalah menunjukkan kedangkalan yang mempersalahkan ujian bukannya proses pelaksanaan pembelajaran.
Isu yang sebenarnya ialah proses pembelajaran, UPSR sebagai alat pengukur. Analogi mudah, jika pengusaha menternak ayam daging bagi tempoh masa 45 hari dengan target 1kg, sampai waktu untuk yang matang, ada ayam yang tak mencapai 1kg adakah salah penimbang?
UPSR hanya penimbang pencapaian adalah tergantung kepada proses pembelajaran.
Proses pembelajaran untuk UPSR sepatutnya bermula di tahap satu memperkukuhkan penguasaan asas yang menjadi teras pembelajaran.
Aras Rendah bermaksud murid TAHU, FAHAM dan INGAT perlu diberi perhatian sewajarnya. Bukan hanya tumpuan KBAT. Murid daripada pelbagai latar belakang dan tahap penguasaan.
Dalam isu ini bukan salah sistem pendidikan tetapi pelaksanaannya yang harus diberi perhatian.
Kepimpinan pendidikan terutamanya di peringkat PPD dan sekolah seharusnya diperkasakan. Guru-guru jangan dibebankan dengan kerja-kerja bukan pengajaran.
Pelantikan pegawai disemua peringkat JPN, PPD dan sekolah perlu berdasarkan merit bukan pengaruh politik atau nepotisme.
Kutipan dan manipulasi data sekolah sangat membebankan sekolah. Berlaku pertindihan di kementerian, JPN dan PPD.
Data yang dipungut ada yang hanya menjadi sampah tidak tahu apa tujuannya. Adalah menjadi tanggungjawab KPM memastikan kelestarian pendidikan mengikut peredaran masa.
Keakuran dan pematuhan amalan menurut nilai BENAR, AMANAH, MENYAMPAIKAN (delivery) dan BIJAKSANA perlu dihayati dan dipraktik disemua peringkat kepimpinan pendidikan
jika ingin melihat kejayaan Sistem Pendikkan Malaysia yang terus bercelaru.
Oleh : Haji Nasir Othman, Pengurusi Biro Pendidikan Putra merangkap ADT PUTRA
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com