TERKINI

Nazri: Juara Mengampu Tanpa Tanding, “The Brown-Skinned Mat Salleh”

Ghafar Mohamad, Penulis (kanan) – malayadaily.com

Nazri sekali lagi membuktikan bahawa bakat “mengampu” beliau sememangnya tiada tandingan.

Dalam kenyataan terbarunya, bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat itu dengan penuh kesungguhan menyatakan komitmennya untuk memastikan Anwar Ibrahim kekal di Putrajaya selepas PRU16.

Alasannya? Kononnya, tiada calon lain yang layak menjadi Perdana Menteri – termasuk dari partinya sendiri, UMNO.

Hebat betul keyakinan beliau, walaupun hakikatnya pengaruh politik sendiri pun sudah lama tenggelam.

Lebih melucukan, Nazri yang pernah terang-terangan menyokong Donald Trump – seorang tokoh yang jelas ditolak majoriti rakyat Malaysia – kini tampil sebagai penyelamat negara.

Mungkin inilah keistimewaan beliau sebagai “The Brown-Skinned Mat Salleh,” gelaran yang cukup sinonim dengan gaya dan pemikiran beliau yang semakin jauh daripada akar kemelayuannya.

Agaknya, setelah terlalu lama di luar negara, beliau lupa denyut nadi rakyat di tanah air.

Beliau turut meratapi ketiadaan pemimpin intelektual yang bebas daripada sentimen perkauman dan agama, seolah-olah lupa bahawa beliau sendiri hasil sistem yang sama.

Ironinya, individu yang dahulu lantang membela UMNO kini menjadi jurucakap tidak rasmi Anwar Ibrahim.

Kalau ada anugerah “Pengampu Tegar Negara,” tidak perlu undian – Nazri menang tanpa saingan!

Oleh : Ghafar Mohamad

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp