TERKINI

P. Ramasamy Rasis

P.Ramasamy – malayadaily.com

Pemimpin DAP yang terus menyerang parti Melayu dengan ucapan yang semberono, hanya akan merapatkan lagi saf diantara parti, pertubuhan dan orang-orang Melayu di dalam negara.

Ayoh Ngoh kecam gesaan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P. Ramasamy untuk memecah belahkan orang-orang Melayu di bawah Parti PAS.

Pemimpin Pakatan Harapan itu menggesa strategi baru untuk memecah-belahkan penyatuan orang orang Melayu melalui strategi hegemoni. Perkara ini dibongkarkan oleh pemimpin kanan DAP P. Ramasamy secara terbuka.

Malah mengikut Ramasamy, kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menubuhkan sehingga dua jabatan dan jabatan-jabatan ini digesa untuk membangunkan strategi dan menentang pembangkang.

Adakah wajar kerajaan membelanjakan wang rakyat untuk kepentingan kuasa? Ayoh Ngoh rasa pelik.

Ramasamy mendakwa cara PAS yang berjaya memenangi kerusi terbanyak di parlimen-parlimen majoriti Melayu telah memecah-belah perpaduan negara dan keharmonian diantara kaum.

Bagi pendapat Ayoh Ngoh, ni adalah ucapan rasis.

Penyatuan orang Melayu dibawah PAS tidak menjejas keharmonian antara kaum tetapi penyatuan kaum bukan Melayu mengganggu-gugat peruntukan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk orang Melayu dan bumiputra.

Di negeri dibawah pimpinan Ramasamy sendiri, laungan azan jadi masalah. Ramasamy juga telah menyentuh kuota bumiputera dalam penjawat awam.

Adakah ini yang di maksudkan dengan hormoni? Perpecahan orang Melayu dan kebiadapan kaum bukan Melayu menuntut laungan azan diluar masjid untuk dihentikan adalah keharmonian negara?

Pendekatan Ramasamy untuk melumpuhkan sokongan terhadap PAS melalui pendekatan alternatif dengan mencabar dan meruntuhkan hegemoni budaya dan agama PAS melalui jabatan kerajaan adalah tindakan rasis.

Kalau kita kaji kembali pendekatan Parti PAS, pertubuhan dan organisasi  serta orang-orang Melayu malah agenda Proklamasi Orang Melayu pun tidak pernah mereka cuba memecah belah penyatuan kaum Cina, India dan yang bukan Melayu.

Perjuangan orang Melayu adalah untuk orang Melayu dan bukan menidakkan inisiatif dan perpaduan kaum lain.

Oleh sebab itu Ayoh Ngoh kecam gesaan Ramasamy dan pihak-pihak yang sentiasa menghalang penyatuan orang-orang Melayu kerana orang Melayu tidak pernah cuba untuk memecah-belah kaum bukan Melayu dan menindas kaum lain.

Kaum-kaum lain telah pun bersatu diatas ideologi bangsa mereka manakala orang Melayu terus berpecah setia kepada berbagai-bagai parti. Sudah sampai masanya untuk orang Melayu semuanya bersatu diatas landasan bangsa dan agama.

Ayoh Ngoh menyeru kepada semua orang Melayu untuk mengenepikan perbezaan parti dan kembali bersatu di atas nama perjuangan agama, bangsa dan tanah air disamping sentiasa sensitif dan memupuk keharmonian diantara kaum.

Ayoh Ngoh – Peminat Colek Kelate

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp