Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengikut rapat perkembangan semasa yang sedang melanda negara kita. Ini termasuk dalam kes yang melibatkan keputusan Mahkamah ke atas bekas Perdana Menteri iaitu Dato’ Sri Najib dan pergolakan yang sedang melanda hujung utara Tanah Air iaitu di Negeri Perlis Indera Kayangan yang sedang hangat masa kini.
Perkasa melihat bila melibatkan kes Mahkamah ini, ramai pemimpin di pelbagai peringkat rasa kecewa dengan sikap rakan pasukan mereka yang meraikan kes ini dengan satu posting secara terbuka di media sosial.
Sikap tersebut jelas menjejaskan hubungan antara 2 parti yang berada dalam kerajaan hari ini sehinggakan ada kepimpinan parti UMNO di pelbagai peringkat menggesa kepimpinan Parti untuk menilai semula kerjasama dengan DAP yang telah meraikan keputusan yang telah di buat oleh bekas Presiden UMNO.
Perkasa menyambut baik hasrat Ahli Ahli UMNO yang mahukan UMNO keluar dari jajaran bersama dengan DAP ini tetapi Perkasa juga ingin bertanya adakah kepimpinan Parti peka dengan suara dari Akar Umbi ini?
Perkasa juga mengalu alukan pengeluaran Parti UMNO dari kerajaan hari ini yang lebih memberi keuntungan kepada Parti DAP. Sudah sampai masanya UMNO perlu kembalikan kepercayaan kepada ahli ahli akar umbi dengan membuat keputusan berani demi menyelamatkan kuasa politik orang melayu.
Perkasa juga berharap Presiden Parti-parti politik Melayu segera buang perasaan ego dan sombong dan bina semula kekuatan ummah dengan penyatuan parti parti politik melayu bermula hari ini.
Sebagai sebuah NGO, Perkasa sentiasa terbuka dan sanggup bekerjasama dengan mana mana parti politik untuk menjayakan agenda penyatuan melayu menjelang PRU ke 16.
Azrol Mansor, Ketua Penerangan, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com