TERKINI

Pulau ‘Seketul Batu’ Buat RCI, Kenapa Isu Air Kerajaan Tak Bertindak?

Khairuddin Abu Hassan (gambar kecil) – malayadaily.com

Pulau ‘seketul batu’ yang sudah puluhan tahun diserahkan oleh Johor pada Singapura ditubuhkan ‘RCI’ serta digembar-gemburkan secara besar-besaran untuk menjatuhkan kredibiliti Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi isu subsidi air mentah pada Singapura yang merugikan negara beratus bilion dibuat ‘pekak’ oleh kerajaan Madani.

Namun, dalam isu usul Pulau Batu Putih kerajaan telah dimalukan dalam Dewan Rakyat tanpa sebarang undian.

Ini adalah kerana pemimpin parti PKR, ahli-ahli Parlimen Sarawak dan Sabah tidak menyokong usul ini kerana mereka sedar isu ini diciptakan semata-mata bagi memfitnah Tun Dr Mahathir Mohamad saja.

DYMM Sultan Johor harus desak siasatan ke atas peruntukan yang diluluskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu sejumlah RM600 juta bagi membina loji pemerosesan air terawat sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri yang ke empat dahulu.

Tempoh tamat perjanjian bekalan air mentah pada Singapura akan berakhir pada tahun 2062.

Baki perjanjian lagi 37 tahun negara bakal rugi sejumlah lebih kurang RM118 bilion sekiranya mengikut kadar penjualan air mentah pada kadar 3 sen untuk 1000 gelen air.

Setiap hari Malaysia membekalkan sejumlah 250 juta gelen pada Singapura dan selepas dirawat kita membeli air terawat dari Singapura pada kadar 50 sen setiap 1000 gelen.

Sekiranya kos tambakan Pulau ‘Forest City’ berjumlah RM4 bilion maka dari subsidi bekalan air mentah pada Singapura sehingga tamat tempoh perjanjian bekalan air mentah; kita boleh dapat tanah baru sebanyak 29.5 kali ganda ‘Forest City.’

Ini bukan perkara kecil tetapi sesuatu isu yang agak besar yang harus diberi perhatian oleh kerajaan Madani pada hakikatnya.

Jangan perkara kecil yang bukan pun hak kita lagi hendak diperbesarkan isunya demi agenda politik jahat PMX serta kerajaan Madani untuk mencemarkan reputasi Tun Dr Mahathir Mohamad.

Isu yang bakal merugikan kita dengan jumlah yang besar yakni RM118 bilion dibuat ‘pekak’ saja oleh kerajaan Madani.

DYMM Tuanku Agung yang berasal dari Johor harus mempersoalkan kerajaan Madani dalam isu bekalan air mentah pada Singapura.

Ini merugikan dana kerajaan dan duit rakyat serta mana mungkin negara miskin memberi subsidi pada negara kaya.

Dalam negara kita pelbagai subsidi kepada rakyat ditarik balik tetapi subsidi pada negara kaya raya Singapura kita hanya mampu ‘diam seribu bahasa.’

Oleh : Khairuddin Abu Hassan, ADT Muafakat Nasional

Facebook
Twitter
WhatsApp