TERKINI

PUTRA tolak Gagasan Malaysia Madani

Gambar hiasan – foto arkib

Parti PUTRA berpendirian dengan tegas bahawa Gagasan Malaysia Madani yang mempromosikan pluralisme dan liberalisme wajib ditolak dengan keras, kerana ia berpotensi mengancam agama Islam dan budaya melayu yang menjadi teras kepada nilai-nilai kebudayaan kebangsaan

Kelompok yang memperjuangkan fahaman liberal di dunia Islam berpendapat bahawa faham sekular, pluralisme agama, dan liberalisme adalah jawapan yang terbaik untuk memastikan hak asasi manusia terlaksana sepenuhnya, amat merbahaya.

Mereka membuat kesimpulan bahawa doktrin Islam sudah ketinggalan zaman dan model barat seharusnya diangkat sebagai model terbaik untuk kemanusiaan. Ini adalah agenda untuk menghancurkan umat dan agama Islam serta peribumi sejagat.

Di negara kita Malaysia kini, sudah terdapat segelintir orang Melayu yang amat ghairah memilih untuk mengamalkan pandangan serta kehidupan liberal dan sekular sebagai jalan hidup moden dan cara hidup Islam dan budaya melayu adalah kolot dan ketinggalan zaman bagi mencapai kemajuan.

Mereka menafikan kepentingan tasawur Islami serta epistemologi ilmu yang telah menjadi pedoman sepanjang zaman. Islah dan ijtihad telah disalahfahami, sehingga pandangan barat dianggap sebagai yang terbaik dalam membawa perubahan dan kemajuan.

Maka membiaklah budaya LGBT, pesta Gay, pesta Arak, kahwin sejenis, bersekedudukan seperti suami isteri antara kaum dan macam-macam lagi sudah menjadi budaya hidup.

PUTRA mengesa Majlis Raja-raja Melayu, Kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan mengambil langkah-langkah tegas dan segera dalam membendung pengaruh aliran yang bahaya ini di Malaysia.

Jika tidak, nilai hidup yang buruk dan dimurkai Allah, berpotensi menjadi wabak yang merosakkan kesatuan pemikiran dan gaya amalan, yang akhirnya akan mengakibatkan kehancuran bangsa negara.

Gagasan buruk ini tidak akan membantu usaha ke arah wahdah (kesatuan), bahkan sebaliknya, ia akan menyebabkan umat Islam dan bangsa negara menjadi lemah dan akan terjajah.

Aliran liberalisme ini dapat menyebabkan kehilangan kekuatan umat Islam kerana perpecahan dalam pemikiran sedang berlaku dan negara akan hilang rahmat dan berkat dari Allah swt.

PUTRA menyeru kepada semua pihak rakyat Malaysia untuk bersama-sama mempertahankan prinsip dan nilai-nilai budaya timur dan Islam, agar kita tidak terjerumus ke dalam jurang yang menghancurkan negara.

Seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia yg menghayati sejarah negara kecuali yang sudah songsang supaya bangkit mempertahankan dan memperkasakan perjanjian jus soli iaitu sosial kontrak yang menjadi asas kepada Perlembagaan Negara.

1.Islam Agama Persekutuan
2.Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan
3.Kedaulatan Raja2 Melayu
4.Hak Keistimewaan Orang Melayu
5.Hak Kerakyataan

Kedudukan agama Islam tidak sama dengan agama lain. Begitu juga kedudukan Bahasa Melayu tidak sama dgn lain-lain bahasa. Dasar dan slogan negara tidak boleh dan haram menerjah asas Perlembagaan negara.

PUTRA ingatkan Wasiat Raja-raja Melayu bahawa Tanah Rezab Melayu hendaklah kekal 50% sepanjang masa. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri hendaklah mengambil tindakan segera sebelum nasi menjadi bubur agar Tanah Rezab Melayu mana yang hilang diganti segera supaya kekal 50% sepanjan̈g masa.

Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan jenayah mengikut undàng-undang negara.

PUTRA ingin ingatkan tidak ada kesamarataan dalam agama, kedudukan Islam tidak sama dengan laian-lain agama. Agama lain bebas diamalkan seperti yang tergaris didalam Perlembagaan negara.

Begitu juga kedudukan Bahasa Melayu, tidak boleh disamaratakan dengan lain-lain bahasa. Tapi semuanya sudah berkecamuk.

PUTRA berikrar dan bersumpah membujur lalu mélintang patah, akan terus berjuang dan berusaha menyelamatkan Malaysia yang sudah rosak dan menjadi negara caca-marba.

-Tamat

Datuk Dr Aziz Jamaludin Mohd Tahir – Timbalan Presiden Parti PUTRA

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp