
Suhu politik Malaysia lagi sekali membawa segmen yang cukup penting untuk dilihat, dianalisis dan dikupas secara lebih inklusif lagi.
Pertembungan antara kedua figura yang mempunyai nama yang gah dalam politik iaitu Rafizi Ramli Menteri Ekonomi Malaysia dan Nurul Izzah anak Perempuan kepada Perdana Menteri Malaysia.
Segmen yang cukup menarik perhatian ramai pada kali ini ialah pertembungan pemilihan timbalan presiden parti pada kali ini atas kedua calon tersebut.
Kedua mereka telah berada dalam kepimpinan PKR dari awal sehingga kini sudah cukup pasti mengetahui ranjau perjalanan parti politik tersebut. Walaubagaimanapun, kedua mereka membawa penjenamaan kempen yang cukup luar biasa pada kali ini.
Rafizi Ramli membawa kempen Bernama HIRUK (Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa manakala Nurul Izzah pula membawa DAMAI (Dari Akar membina Aspirasi Inklusif) namun apakah mesej yang tersirat ke atas kedua-dua calon ini yang merupakan figura yang begitu penting untuk negara.
Ranjau perjalanan Nurul Izzah anak kepada Perdana Menteri iaitu Anwar Ibrahim mempunyai turun naik suka duka yang cukup banyak. Beliau juga pernah menang dan tewas dalam siri Pilihan Raya.
Gaya kepimpinan beliau sebagai seorang wanita, yang mempunyai daya kelantangan bersuara, pemikiran yang professional mampu memberikan suntikan semangat dalam pemilihan PKR pada kali ini.
Sejarah Nurul Izzah bersama dengan PKR pada tahun 2008, beliau telah menang dengan lebih bergaya di Parlimen Lembah Pantai dan mula menjenakan nama beliau dalam arena politik bersama dengan ayah beliau. Jika dilihat dengan lebih menjurus lagi, beliau mempunyai mirip gaya kepimpinan seperti Anwar Ibrahim.
Tahap professional, gaya pengucapan di khalayak ramai. Perjuangan untuk hak wanita dan juga mudah diminati oleh golongan muda kerana beliau masih seiring dalam usia itu.
Menteri yang menterjemahkan sumber dapatkan kepada data lebih dikenali YB Rafizi Ramli. Setiap hasil dapatan beliau akan pastikan data iaitu angka mesti disertakan sekali jika berucap supaya masyarakat lebih celik untuk menilai dan menganalisis secara lebih khusus kepada perkara yang disampaikan oleh beliau.
Melihat kembali kepada sejarah sebelum ini, perjalanan dan hasil perjuangan beliau untuk memastikan Anwar Ibrahim menang dan diangkat sebagai Perdana Menteri cukup besar kerana sewaktu kempen bersama dengan rakan komponen parti yang lain malah ucapan beliau sering kali mencuri perhatian masyarakat.
Melihat kepada retorik dan gaya ketokohan kedua pemimpin tersebut sudah semestinya mempunyai kekuatan dan kelebihan secara tersendiri namun jika dikaji dengan lebih mendalam pemilihan timbalan presiden PKR ini mempunyai mesej yang cukup jelas ingin disampaikan oleh parti PKR ini.
Sebagainya semua ketahui bahawa Nurul Izzah mempunyai gaya pengucapan yang sangat bernas, berfakta dan retorik yang sangat luar biasa.
Sejarah dapat membuktikan bahawa beliau merupakan salah seorang Wanita yang bersuara dengan lantang sewaktu kepimpinan Pakatan Harapan 1.0 dibawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohammad dengan mencadangkan idea-idea yang lebih relevan untuk mereformasikan elemen TVET dalam agenda pendidikan negara.
Manakala melihat kepada corak Rafizi Ramli pula sebagaimana hendak mempertahankan jawatan sedia ada beliau untuk terus menyumbang idea dan pemikiran kepada parti tersebut supaya terus menjadi relevan dan unik untuk kepimpinan masa depan.
Bukan hanya itu, pemilihan PKR ini juga dapat disifatkan sebagai “panglima perang” kerana kedua-dua tokoh ini jelas menjadi orang utama dalam setiap perkara jika melibatkan kepada parti politik namun ini juga dapat menjadi nilai tambah dalam menyusun siap calon yang boleh diangkat untuk Pilihan Raya Umum ke-16 nanti.
Walaupun terdapat pelbagai nada yang sangat sinis daripada masyarakat mengenai pemilihan parti PKR ini sebagai neptisme, parti ayah dan anak, kuasa dan reputasi dan sebagainya tetapi ini merupakan peluang yang diberikan kepada kedua tokoh ini untuk membuktikan daya kepimpinan mereka pada masa yang sama untuk terus meneruskan kepimpinan parti PKR ini.
Nurul Izzah tetap berfokus untuk memastikan elemen DAMAI terus disemai dalam kempen beliau kerana semua perkara yang mengherdik dan mengejek beliau langsung tidak memberikan respon kepada perkara tersebut malah fokus untuk memastikan agenda yang dirancang itu tercapai malah Rafizi Ramli kelihatan cemas dan kerap terkeluar daripada landasan pentas selepas menawarkan diri untuk tanding jawatan tersebut pada kali ini.
Kedua-dua mereka mempunyai bahtera yan cukup kuat tetapi ini balik kepada pemerhatian dan analisa pusat dan ahli PKR untuk menentukan keputusan pada hari pengundian nanti.
Parti politik PKR perlu terus kekal dalam pentas politik Malaysia dan terus mengangkat elemen reformasi, nilai dan merangka agenda masa depan parti kerana politik ini seni segala kemungkinan dan penentuan hanya kepada dua elemen iaitu angka dan kuasa.
Oleh : Dr Sharmin Kutty Sivaraman Penganalisis Politik