TERKINI

Ramai Melayu Bankrup, Kerajaan Buat Apa

foto real business

Mengikut statistik, sebanyak 42.24 peratus (20,754) kes kebankrapan adalah disebabkan pinjaman peribadi, diikuti sewa beli kenderaan (14.39 peratus, 7,072 kes) dan pinjaman perniagaan (14.12 peratus, 6,936 kes).

Mereka yang berusia antara 35 dan 44 tahun adalah yang paling ramai diisytiharkan bankrap, iaitu 37.57 peratus atau 18,454 orang, diikuti yang berusia 45 hingga 54 tahun (25.95 peratus, 12,752 orang) dan 25 hingga 34 tahun (20.97 peratus, 10,302 orang).

Dari segi kaum, Melayu merekodkan jumlah kebankrapan tertinggi dalam tempoh lima tahun lalu, iaitu 28,611 orang (58.23 peratus), Cina (12,083 orang, 24.59 peratus), India (4,280 orang, 8.71 peratus) dan lain-lain (61 orang, 0.12 peratus).

Dalam keadaan kadar bankrupsi yang tinggi ini, kerajaan madani telah memperkenalkan plan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membuat pinjaman bank yang akan bermula 7 April ini.

Bai mereka yang berusia 40 hingga 50 tahun yang mempunyai tabungan minimum RM3,000 dalam akaun 2 layak membuat pinjaman bank tersebut.

Niat kerajaan madani agar duit KWSP itu kekal dalam akaun dan boleh mendapatkan pinjaman melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank iaitu institusi perbankan yang menyediakan kemudahan itu dengar kadar faedah 4-5% membuka ruang untuk lebih ramai lagi akan jatuh dalam kategori bankrupsi lagi.

Maka ‘tahniah’ diucapkan kepada kerajaan madani atas ‘keprihatinan’ memberikan peluang rakyat membuat pinjaman peribadi lagi yang mana ia bakal menambah peratusan kadar kebankrapan untuk tahun 2023 mendatang.

Langkah yang dicadangkan ini sangat tidak munasabah dan akhirnya akan lebih ramai lagi menjadi hamba kepada bank.

Kerajaan sepatutnya mencari jalan untuk mengurangkan kadar bankrupsi di negara ini bukan menambahnya.

Moga rakyat buka mata, minda, hati, jiwa dan berfikir sebaik-baiknya sebelum memutuskan untuk membuat pinjaman peribadi dengan cagaran wang simpanan yang ada diakaun KWSP masing-masing.

Sedihnya yang kecundang adalah bangsa kita sendiri, bangsa Melayu.

Adakah ini termaktub dalam agenda memantapkan bangsa kita dengan berikan cadangan sedemikian yang lebih merosakkan dari membina?

Fikir-fikirkan

Hajah Bibi Sunita Sakandar Khan – Pengerusi GERAKWANIS

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp