Sejarah sedang dilakar, apa yang pernah terjadi lebih tujuh puluh tahun lalu akan berulang lagi. Jika dahulu orang Melayu bersatu, tidak kira sama ada golongan bangsawan atau petani dan nelayan, semua bersama-sama menyokong penentangan terhadap usaha menubuhkan Malayan Union.
Hari ini kita bersatu untuk mempertahankan hak istimewa orang Melayu dan kesucian Agama Islam.
Perasaan keterujaan timbul apabila melihat sokongan orang ramai terhadap Proklamasi Orang Melayu yang amat memberangsangkan.
Lebih-lebih lagi sokongan yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu dari pelbagai latar belakang dan idelogi, apabila mereka keluar menunjukkan sokongan dengan menurunkan tandatangan ke atas Proklamasi tersebut.
Di tambah dengan Datuk Wira Marzuki Yahya mengumumkan dua puluh ribu telah menandatangan proklamasi ini secara atas talian dan ianya bertambah setiap hari.
Lebih banyak lagi sedang dikumpulkan melalui borang-borang fizikal oleh ahli jawatakuasa yang dilantik seluruh negara, melalui program-program penerangan semada secara berkumpulan mahu pun persendirian.
Gabungan jumlah tandatangan diatas talian beserta borang-borang fizikal akan diumumkan oleh Tun Dr Mahathir apabila tiba ketikanya nanti.
Apabila kejadian seperti di Pulau Pinang berlaku, isu azan dibangkitkan tanpa rasa hormat dan memahami sensitiviti. Di mana isu azan ini mahu dibawa ke dalam mesyuarat untuk diundi samada boleh melaungkan azan dengan kuat atau speaker sepatutnya hanya boleh diletak di dalam surau.
Isu kalimah Allah, yang membolehkan percetakan nama Allah digunakan di kitab injil berbahasa Melayu bagi tujuan pembelajaran sehingga kepada isu membenarkan malah dialu-alukan konsert kumpulan “Coldplay” yang merupakan penyokong tegar LGBTQ, yang telah diviralkan penyanyinya akan mengibarkan bendera pelangi LGBTQ sambil membuat persembahan dibeberapa konsert sebelum ini.
Semua ini telah membuka mata Orang Melayu. Mereka melihat dengan menandatangani dan bersetuju dengan Proklamasi Orang Melayu telah memberi mereka keyakinan bahawa mereka bukan keseorangan, dengan penyatuan orang Melayu barulah kita boleh mempertahankan kesucian agama Islam.
Ini membuktikan isyarat yang hendak disampaikan kepada orang Melayu bahawa Proklamasi ini adalah satu usaha penyatuan orang Melayu yang melangkaui garisan politik, telah diterima.
Isyarat ini juga bersifat dua hala, dimana ramai orang Melayu mengharapkan Tun Dr Mahathir tidak perlu berada di atas landasan mana-mana parti untuk menjayakan usaha penyatuan ini, cukup sekadar aura sebagai negarawan ulung juga telah diterima.
Maka itulah yang Tun Dr Mahathir lakukan, apabila beliau memaklumkan baru-baru ini, bahawa beliau tidak bersama Gerakan Tanah Air (GTA) atau mana-mana parti, maka tiada isu Tun Dr Mahathir mengenepikan mana-mana parti Melayu.
Riak-riak air yang sedang membina menjadi ombak sejak beberapa bulan lalu kini sedang berkembang untuk bertukar menjadi Tsunami.
Orang Melayu patut menyambut keterujaan ini dan menjadi sebahagian dari peserta didalam lakaran sejarah yang sedang terbina melalui Proklamasi Orang Melayu.
Azman Mohd Hashim SM
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com