TERKINI

Robocop 1995 Vs Robocop 2025

Foto – Bibi Sunita (Kanan)

Sejarah 30 tahun lepas mengingatkan kita tentang kempen keangguhan DAP dimana dalam usaha untuk memenangi Pilihanraya 1995, DAP telah menggunakan strategi kempen dengan mempotraitkan Lim Kit Siang sebagai ‘Robocop’ yang dilihat menjadi ikon utama parti itu memberi mesej kepada rakyat di Pulau Pinang bahawa mereka yakin akan menyapu bersih kerusi-kerusi yang dipertandingkan di Pulau Pinang ketika itu.

Lim Kit Siang berhasrat ingin tawan Pulau Pinang dan menjadi Ketua Menteri ketika itu.

‘Robocop’ adalah karektor yang popular berdasarkan filem sains fiksyen iaitu robot android – manusia dari alat keluli yang kuat dan elektronik yang bertindak secara tanpa berhati perut memusnahkan semua yang melanggar undang-undang dengan kekuatannya dan kebolehan super powernya.  Namun strategi ini mengundang bencana dan malapetaka buat DAP.

Pengundi Melayu telah datang beramai-ramai ke majlis ceramah pilihanraya anjuran DAP dan Lim Kit Siang namun disalah anggap oleh DAP bahawa mereka telah mendapat sokongan dari Melayu namun sebenarnya strategi ‘Robocop’ tersebut telah membuat orang Melayu marah dan mengganggap DAP angkuh dan sombong.

Akhirnya pada pilihanraya 1995, Lim Kit Siang kalah di kedua-dua kerusi yang beliau tandingi dan DAP hanya menang 1 kerusi sahaja.

Pada ketika itu, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad yang berjaya menjadikan negara Malaysia maju dari sudut ekonominya.

Kini, tahun 2025, seorang lagi pimpinan DAP iaitu Nga Kor Meng mengulangi langkah-langkah angkuhnya dengan sedaya upaya ingin Rang Undang-Undang RUU URA (Akta Pembangunan Semula Bandar) diluluskan di Parlimen dalam masa terdekat ini.

Sedangkan ada ramai pihak termasuk pemegang-pemegang taruh selaku pemilik-pemilik rumah, premis, hartanah yang tidak bersetuju dan minta ianya di tolak sepenuhnya atau dikaji semula dengan memgambilkira pandangan akar umbi.

Namun nampaknya ‘Robocop’ Nga Kor Meng nekad dan terbaru Ketua Pengarah Plan Malaysia turut terjebak mempromosikan hasrat berkaitan perlunya RUU URA ini diluluskan dengan kadar segera di Parlimen. Sedangkan Plan Malaysia sebagai satu agensi Kerajaan seharusnya bertindak neutral dan bukannya menjadi badut pelakon di samping ‘Robocop’ Nga Kor Meng.

Pemaju-pemaju sudah tidak sabar menunggu RUU URA ini diluluskan kerana berbillion-billion bakal dimiliki hasil keuntungan projek-projek pembangunan semua bandar ini.

Akhirannya rakyat yang lemah ditindas akibat ‘Robocop’ yang kini berkuasa melakukan apa sahaja tanpa mengambilkira nasib dan suara pemilik dan pribumi.

Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja sangat diharapkan untuk membantu rakyat marhaen dalam isu menangani kekuasaan dan keangkuhan ‘Robocop’ ini.

Rakyat ingin tahu apa tindakan ‘Robocop’ seterusnya ini bakal berulang peristiwa 1995 dimana ‘Robocop’ ditewaskan dengan gabungan revolusi rakyat yang bangkit menentang

Hjh Bibi Sunita S.Khan (Pengerusi NGO Negarawati Tanahair)

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp