Terdapat 195 buah negara diatas muka bumi pada hari ini, pada masa yang sama terdapat juga ribuan etnik bangsa yang wujud.
Secara matematiknya, bermakna sebahagian besar bangsa-bangsa yang wujud ini tidak mempunyai negara sendiri, mereka sekadar menjadi rakyat kepada mana-mana negara di mana mereka tinggal. Selalunya mereka akan berasimilasi menjadi bangsa negara tersebut.
Diantara bangsa-bangsa yang tiada negara ini, mari kita lihat tiga yang terbesar;
Pertama, bangsa Kurdis. Bangsa Kurdis yang mempunyai negara yang dipanggil Kurdistan, kini wilayah ini dikongsi oleh negara Turkiye, Iran, Iraq dan sebahagian kecil oleh Armenia dan Syria. Bangsa Kurdis sekarang hanya menjadi rakyat di negara-negara tersebut.
Kedua, bangsa Rohingya. Bangsa Rohingya dahulunya mempunyai sebuah negara yang dipangil Arakan. Kini adalah satu bangsa pelarian yang tiada negara dan bukan rakyat kepada mana-mana negara.
Ketiga, bangsa Palestin. Satu Bangsa yang negaranya diambil secara sedikit-sedikit oleh Israel melalui rampasan dan pendudukan haram.
Secara kebetulan, ketiga-tiga bangsa ini. Majoriti adalah orang Islam. Apa yang sebenarnya hendak disampaikan ialah, tidak mustahil untuk sesuatu bangsa itu kehilangan negara dan ianya boleh berlaku dengan berbagai cara.
Kita lihat bangsa Kurdis, bangsa yang dinafikan tanah negara mereka. Tetapi mereka masih bernasib baik kerana diambil menjadi rakyat negara dimana mereka tinggal. Bangsa Rohingya, bangsa yang tiada negara, lebih teruk lagi tiada negara mahu mengambil mereka sebagai rakyat.
Maka jadilah Rohingya sebagai bangsa pelarian yang tiada kerakyatan. Bangsa Palestin, bangsa yang kehilangan tanah negara secara paksaan oleh bangsa Israel, kini bangsa Palestin menjadi bangsa yang di buli dan di tindas.
Bangsa Melayu ‘Tak akan Hilang di Dunia’. Ya, betul. Namun begitu, tetap bangsa Melayu ada kemungkinan boleh hilang kuasa.
Jika memiliki sesuatu, kita mempunyai hak untuk membuat apa sahaja keatas milikan itu. Tetapi jika satu hari nanti kita tidak boleh membuat keputusan seperti apa yang kita mahu di dalam negara ini, umpamanya, kita tidak boleh menggunakan kedudukan istimewa kita, tidak boleh melaungkan azan kerana menganggu tidur atau yang seumpamanya.
Maka Ketika itu, walaupun kita masih tinggal dalam negara ini, tetapi ianya bukan milik kita lagi.
(Artikel adalah hasil cetusan Ucapan Tun Dr Mahathir pada Pelancaran POM baru-baru ini)
Azman Mohd Hashim : Semangat Melayu
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com