TERKINI

Zahid Hamidi ‘Pembunuh’ UMNO, bukan penyelamat

Khairuddin Abu Hassan (kiri) – malayadaily.com

Cukup-cukuplah Zahid Hamidi hendak menipu dan memperbodohkan ahli-ahli UMNO bahawa beliau adalah dalang utama jatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya ingin mengharamkan parti UMNO.

Presiden UMNO yang paling haprak serta ‘kaki penipu’ ini tak habis-habis hendak menipu ahli-ahli UMNO dan orang-orang Melayu untuk menunjukkan seolah-olah beliaulah penyelamat parti UMNO.

Hakikatnya, Zahid Hamidi yang sedang ‘membunuh’ parti UMNO dan sebab itulah ahli-ahli UMNO akar umbi serta orang-orang Melayu sudah tidak menyokong lagi UMNO.

Saya seringkali diingatkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jangan sama sekali ‘bunuh’ parti UMNO tetapi kita kena terus berjuang untuk ‘buang’ pemimpin-pemimpin korup yang merosakkan parti UMNO.

Saya masih ingat dengan pesanan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering kali mengingatkan bahawa parti UMNO harus diselamatkan dari pemimpin- pemimpin korup kerana parti UMNO banyak jasanya pada orang-orang Melayu serta rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Sebagai contohnya UMNO hari ini yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin korup telah tersasar jauh dari falsafah ataupun prinsip asal penubuhan parti UMNO.

Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad hendak sabotaj parti UMNO sudah lama beliau boleh melakukannya khususnya ketika menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia kali kedua dahulu.

Zahid Hamidi ini seorang penunggang agama yang senantiasa bercakap bohong untuk menutup segala salahlaku beliau.

Beliau melakukan ini semata-mata untuk alih pandangan majoriti ahli-ahli UMNO yang sedang memarahi Zahid Hamidi yang kini bekerjasama dengan parti DAP.

Apakah Zahid Hamidi ingat ahli-ahli UMNO dan orang-orang Melayu terlalu bodoh serta lupa dengan sandiwara politik bersandarkan beberapa ‘sumpah laknat’ kononnya tidak pernah berniat untuk bekerjasama dengan Anwar Ibrahim mahupun parti DAP.

Dalam satu sidang PAU UMNO puak inilah yang melaungkan jeritan dalam Dewan Merdeka di PWTC dengan slogan ‘no Anwar dan no DAP’ tetapi akhirnya apa yang berlaku selepas PRU15 yang lepas?

Apakah Zahid Hamidi ingat ahli-ahli UMNO lupa dengan peristiwa ini?

Ahli-ahli UMNO serta orang-orang Melayu jangan percaya lagi dengan ungkapan Presiden UMNO yang paling haprak ini.

Hidupnya penuh dengan penipuan yang beragenda bagi menyelamatkan dirinya saja.

Presiden UMNO paling haprak ini seringkali mengemis dan merayu pada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk selamatkan kes-kes salahguna kuasa beliau ketika menjadi Perdana Menteri kali kedua selama 22 bulan.

Di belakang ahli-ahli UMNO Zahid Hamidi datang merayu serta ‘menyembah’ Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri ke tujuh tetapi di hadapan ahli-ahli UMNO beliau cuba hendak tunjuk ‘hero.’

Namun, kita semua tidak perlu risau kerana akhirnya Allah swt pasti akan tunjukkan kebenaran akan siapa itu penyangak Zahid Hamidi ini.

Masa dan ketika pasti akan muncul untuk membuktikan pada kita semua mengapa wajib menolak pemimpin-pemimpin fasiq dan hipokrit seperti Zahid Hamidi ini.

-Tamat

Khairuddin Abu Hassan, Aktivis Politik

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp